jadi,,setelah sekian lama saya merancang untuk menulis sebuah warkah lagi, baru kali ini saya berpeluang dan insya-Allah,semoga warkah ini memberi kesan dalam hati kita. HARGAILAH insan ini.. ^_^ selagi kita memiliki beliau..bagi yang sudah tiada, kirimkanlah doa buat beliau..ingatlah --> sabda Nabi Muhammad SAW “apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak – anak yang soleh”
AL-FATIHAH..
AL-FATIHAH..
ololo...sweetnya!! ^_^
Ayah,
Mungkin
sudah sekian lama ayah menantikan anakanda menulis warkah ini susulan daripada
warkah yang anakanda utuskan buat ibu dahulu. Ayah, di sini,anakanda ingin memohon
maaf atas kelewatan anakanda mengutuskan warkah ini. Bukan niat anakanda untuk
mengabaikan ayah, apatah lagi melupakan. Namun, anakanda tidak mahu menabur
seribu alasan atas kealpaan sendiri. Sekadar memohon agar ayah tidak
tersinggung dan, andai kata benar ayah tersinggung, biarlah warkah ini
mengubati pedih itu. Andai hati ini boleh menulis, nescaya anakanda menulis
dengan hati dan bukan dengan tangan kerana hati ini lebih mengetahui dalamnya
kasihku buatmu wahai ayah.
Ayah,
Semenjak
kita berjauhan, aku sering terkenangkan memori silam. Ayah ingat lagikah ketika
ibu bertanya padaku tentang cita-citaku? Dan aku menjawab aku ingin menjadi
tentera kerana ketika itu, ayah bekerja sebagai tentera. Kemudian, selepas ayah
bersara, ayah bekerja pula di sebuah kilang bagi menampung kehidupan kita
sekeluarga. Dan ibu bertanya lagi tentang cita-citaku. Aku menjawab aku ingin
menjadi pekerja kilang. Tahukah dikau wahai ayah bahawa aku sebenarnya ingin
jadi sepertimu. Aku melihat, ayah hebat, ayahlah superhero ku. Aku ingin jadi
seperti ayah. Sedarkah ayah tentang kehebatan ayah itu?
Ayah,
Ayah
ingat lagikah, ketika aku tidak cemerlang dalam peperiksaan ku? Dan bila aku
pulang, aku menangis. Aku merajuk dan tidak mahu makan. Ayah ingatkah ayah
datang ke sisiku dan memujukku? Ayah memujuk ku dengan memberitahu yang ayah
tak kisah tentang keputusan ku kerana ayah tahu aku sudah berusaha semampuku.
Tahukah ayah mengapa selepas itu aku berusaha untuk cemerlang? Kerana aku tidak
mahu kelihatan lemah dihadapanmu. Bukankah aku ingin jadi hebat seperti ayah?
Mana mungkin aku biarkan ayah nampak kelemahan aku.
Ayah,
Ayah
ingat lagikah ketika kau pulang dari kerja dahulu? Aku berlari-lari ke pintu
untuk menyambutmu. Menyalami mu. Aku rindukan saat itu ayah. Saat engkau
tersenyum dalam kepenatan. Aku tahu, kau berpenat jerih bekerja demi memberikan
keselesaan kepada kami. Mana mungkin aku mensia-siakan kepayahan mu itu wahai
ayah. Cuma, bila usia ku menginjak dewasa, aku sudah tidak lagi menyambutmu di
muka pintu. Egokah aku ayah? Terkilankah engkau wahai ayah? Andai ya,
maafkanlah aku. Aku segan dan malu kerana membiarkan engkau bersusah terlalu lama tanpa aku dapat
membantu meringankan bebanmu. Maafkan aku ayah.
Ayah,
Ayah
ingat lagikah ketika keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM yang lalu? Ayah
sentiasa ada di sampingku. Ayahlah orang pertama mengetahuinya dan ayahlah
orang pertama melihat aku tersenyum gembira saat itu. Tahukah ayah, ketika itu
aku sangat gembira kerana engkau tidak perlu lagi memujuk ku seperti dahulu?
Aku senang melihat wajah bangga mu dengan kejayaan ku. Aku gembira ayah.
Gembira. Ayah ingat lagikah ketika kita berkumpul di dewan menanti guru
mengumumkan nama pelajar cemerlang dalam SPM dahulu? Aku berdebar-debar
menantikan keputusan itu dan hanya melihat dari jauh, membiarkan engkau dan ibu
duduk di satu sudut. Ingatkah ayah ketika itu guru mengumumkan nama insan lain,
dan ayah menyangkakan mereka menyebut namaku. Ayah bingkas bangun ingin menerpa
ke depan. Aku terkesima saat itu wahai ayah. Aku bimbang kegembiraan mu itu
diragut wahai ayah. Aku gelisah. Namun, Alhamdulillah, Allah memberi peluang
kepada aku untuk menggembirakan kalian,wahai ayah dan ibu.
Ayah,
Semenjak
itu, aku dapat melihat engkau semakin bangga dengan anakmu ini. Tahukah ayah
bahawa aku bimbang kelak, andai aku jatuh..adakah ayah akan masih memujukku seperti
dahulu? Adakah ayah akan tetap bangga dengan ku? Adakah ayah akan masih di
sisiku wahai ayah?
Ayah,
Aku ingin
menjadi anak yang baik. Aku ingin menjadi permata dalam keluarga kita. Aku
ingin menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain selama usiaku ini.
Ayah, aku tahu, engkau sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ku. Terima kasih
ayah. Aku tidak akan sia-siakan harapan kau padaku. Aku berjanji ayah. Aku
berjanji akan jadi insan sehebat ayah. Aku tidak akan hampakan mu ayah.
Ayah,
Izinkan
aku berbakti pula kali ini wahai ayah. Walau aku tidak akan pernah mampu
membalas segala pengorbananmu selama ini, namun, biarlah aku tetap membuatmu
tersenyum.
Ayah,
cukuplah sampai di sini sahaja coretanku buat mu. Rindu, sayang dan cintaku
padamu akan ku sematkan dalam hatiku selamanya. Biarpun limpahan dakwat cinta
memenuhi kertas putih ini membuktikan ingatanku padamu, dakwat cinta itu tidak
akan sedikit pun berkurang dalam hatiku, insya-Allah. Maafkan kesilapan dan
keterlanjuran ku selama ini ayah. Ku pohon restumu dalam jihadku menuntut ilmu
ini. Sekali lagi, terima kasih ayah.. J
my family.. ^_^
4 ulasan:
ayah ratu hidupku. :)
@Muhammad Faris 'Azim ^_^ banyak orang hanya pandang kasih ibu..tapi,kasih ayah juga jgn kita ketepikan..
syg ayah..:)
@Juliet_iRa~" bagus!
Catat Ulasan