Isnin, 27 Ogos 2012

save sex not safe sex?

بسم الله الرحمن الرحيم 

ni entry kedua aku rasa aku update lepas sebulan duk kat rumah. ya la, duduk rumah kan boleh buat macam-macam. sampai x sempat aku nak update blog.*kononnya* :p

HAHA

Love is like the truth, sometimes it prevails, sometimes it hurts.
fahamilah "ia berbeza apabila orang sayang kita dan kita suka yang lain"
Of all pains, the greatest pain,Is to love, and to love in vain. 
we don't always recognize the moment love begins, but we always recognize the moment it ends
 aku ada tonton rancangan tanyalah ustaz,"Semarakkan Cinta", dan aku baca teks soalan serta jawapan dari satu blog ni. bertujuan untuk berkongsi agar bermanfaat buat kita, insya-Allah. :)

 S: Apakah batasan dalam bercinta, terutamanya kepada pasangan muda?
J: Allah SWT mencipta cinta dan tidak melarang kita untuk bercinta. Perasaan cinta itu fitrah dan pasti ada dalam setiap manusia. Oleh kerana ianya fitrah, cinta itu penting demi kesinambungan dan kebahagiaan hidup manusia. Di samping dorongan perasaan untuk bercinta, ianya perlu disertakan dengan peraturan agar menjadi cinta yang diterima atau dibenarkan. Peraturan disediakan untuk mengawal, bukan untuk menyekat. Sepertimana peraturan di jalan raya yang bertujuan memberi keselamatan kepada penggunanya. Allah lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk kita, oleh itu, kita perlu patuh kepada peraturan yang Allah telah tetapkan. Dalam bercinta, perlu mematuhi syariat dengan tidak boleh berdua-duan, perlu menjaga aurat dengan sempurna. Daripada dapatan kajian, sebanyak 90% ‘couple’ tidak berkahwin pun akhirnya. Jika ada yang berkahwin pun, mereka tidak dapat menjaga kestabilan rumah tangga juga akhirnya. Oleh itu, saya sarankan kepada remaja untuk “SAVE SEX” – memelihara diri daripada zina dan menunggu sehingga berkahwin, dan bukannya mengamalkan “SAFE SEX” yang bertentangan dengan peraturan Allah.  Bagi yang sedang bercinta dan dalam perkahwinan, sila amalkan 2I - Ikhlas bercinta kerana Allah – anggap pasangan sebagai pembantu untuk bersama menjadi hamba Allah yang baik. Kedua - Iktibak (mengikut sunnah Nabi SAW dengan bersungguh-sungguh). Manfaat peraturan cinta yang Allah tetapkan ialah untuk:

  • Menyelamatkan rasa cinta itu sendiri – perasaan yang suci ini tidak boleh dikotori dengan perkara yang Allah murkai.
  • Menyelamatkan orang yang bercinta – Jika berkawan perlu ada niat untuk berkahwin dan bukan untuk main-main atau ‘try an error’ sahaja. Perhatikan ungkapan bijaksana ini – ‘Dunia tidak hairan jika seorang lelaki membunuh diri kerana cinta, tetapi dunia akan hairan jika seorang lelaki membunuh diri kerana ibunya’. Kenapa? Kerana kekecewaan dalam bercinta itu adalah sesuatu yang telah dijangka sebenarnya. 
Firman Allah SWT,




jom, save sex, not safe sex. :)

sekian, ^_^

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Ahad, 19 Ogos 2012

1 syawal Hari Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

sejak aku balik, duk dengar jugak la orang tanya, "bila hang nak update blog?"  "dari balik hari tu hang x update blog lagi ka?".pergghh, bajet serupa ramai sangat lah nak view aku punya blog kan?tapi,x pa lah. at least, ada jugak orang yang jadi back support aku untuk aku tulis. hew3
setelah beberapa ketika, waktu ni lah baru aku terasa nak bukak blog ni dan tulis sedikit entry,

jadi di kesempatan yang ada ni, sempena SYAWAL ini, aku nak ucapkan lah 
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir dan Batin 
andai ada tersalah bicara,
dan seumpamanya,
aku pohonkan semillion kemaafan,
serta doa kalian untuk kesejahteraan kita dunia dan akhirat kelak. :)


kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati lah kembali ke sini nanti. 
latihan yang kita ambil semasa kawal nafsu waktu ramadan tu,
praktikkan lah jugak. 
tahan marah bukan sebab puasa ja,
bukan puasa pun kena tahan marah jugak,
barulah kuat!
sabar bukan waktu puasa saja,
harian2 kita pun kena banyak sabar,
baru latihan tu berguna. :D

Ramadan dah berlalu, Syawal pun baru tiba. pagar nafsu yang kita bina memagari benih iman yang kita tanam semasa Ramadan itu janganlah kita tinggalkannya terbengkalai begitu saja. cabutlah rumput2 malas dan serakah yang menyemak tu. semburlah racun serangga syaitan agar tidak mengganggu tanaman kita. agar kelak kita boleh menuai kemanisan hasilnya. ^^

haaahhh
aku tak pandai berbahasa, berpuitis, tapi aku juga masih bercita-cita menjadi pendakwah. biarlah kita bukan penceramah yang bercakap pong pang pong pang sebab kita xda bakat dan kelebihan macam tu. tapi kita tetap kena jadi daie' untuk Islam. biarlah kita usaha dengan cara kita. bukan dari mata manusia yang kita ingin dilihat, tapi dinilai disisi Allah itu lebih baik. biarlah kalau dulu kita jahat pada awal, tapi kita tetap ingin baik pada akhirnya. moga kita (saya dan pembaca) sama2 menjadi penggerak jentera Islam. :D


ok,aku rasa tu saja. aku beraya tak tara mana pun kali ni. dengan mak abah dan abang aku ja. so, kalau nak datang, tunggu raya ke 3-4 baru datang, tunggu bantuan dari kakak2 aku. kah3
ok,btw, kalau mana yang rasa bersalah dengan aku tu, dan segan nak mintak maaf, jangan  risau, aku dah maafkan insya-Allah. ^_^ 

*mana isteri dan anak2 aku ni. x bersalam minta ampun lagi. :P


sekian~ ^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...