Isnin, 5 Disember 2011

warkah buat ayah

jadi,,setelah sekian lama saya merancang untuk menulis sebuah warkah lagi, baru kali ini saya berpeluang dan insya-Allah,semoga warkah ini memberi kesan dalam hati kita. HARGAILAH insan ini.. ^_^  selagi kita memiliki beliau..bagi yang sudah tiada, kirimkanlah doa buat beliau..ingatlah --> sabda Nabi Muhammad SAW “apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak – anak yang soleh”  


AL-FATIHAH..

ololo...sweetnya!! ^_^


Assalamualaikum,


Ayah,
Mungkin sudah sekian lama ayah menantikan anakanda menulis warkah ini susulan daripada warkah yang anakanda utuskan buat ibu dahulu. Ayah, di sini,anakanda ingin memohon maaf atas kelewatan anakanda mengutuskan warkah ini. Bukan niat anakanda untuk mengabaikan ayah, apatah lagi melupakan. Namun, anakanda tidak mahu menabur seribu alasan atas kealpaan sendiri. Sekadar memohon agar ayah tidak tersinggung dan, andai kata benar ayah tersinggung, biarlah warkah ini mengubati pedih itu. Andai hati ini boleh menulis, nescaya anakanda menulis dengan hati dan bukan dengan tangan kerana hati ini lebih mengetahui dalamnya kasihku buatmu wahai ayah.
Ayah,
Semenjak kita berjauhan, aku sering terkenangkan memori silam. Ayah ingat lagikah ketika ibu bertanya padaku tentang cita-citaku? Dan aku menjawab aku ingin menjadi tentera kerana ketika itu, ayah bekerja sebagai tentera. Kemudian, selepas ayah bersara, ayah bekerja pula di sebuah kilang bagi menampung kehidupan kita sekeluarga. Dan ibu bertanya lagi tentang cita-citaku. Aku menjawab aku ingin menjadi pekerja kilang. Tahukah dikau wahai ayah bahawa aku sebenarnya ingin jadi sepertimu. Aku melihat, ayah hebat, ayahlah superhero ku. Aku ingin jadi seperti ayah. Sedarkah ayah tentang kehebatan ayah itu?
Ayah,
Ayah ingat lagikah, ketika aku tidak cemerlang dalam peperiksaan ku? Dan bila aku pulang, aku menangis. Aku merajuk dan tidak mahu makan. Ayah ingatkah ayah datang ke sisiku dan memujukku? Ayah memujuk ku dengan memberitahu yang ayah tak kisah tentang keputusan ku kerana ayah tahu aku sudah berusaha semampuku. Tahukah ayah mengapa selepas itu aku berusaha untuk cemerlang? Kerana aku tidak mahu kelihatan lemah dihadapanmu. Bukankah aku ingin jadi hebat seperti ayah? Mana mungkin aku biarkan ayah nampak kelemahan aku.
Ayah,
Ayah ingat lagikah ketika kau pulang dari kerja dahulu? Aku berlari-lari ke pintu untuk menyambutmu. Menyalami mu. Aku rindukan saat itu ayah. Saat engkau tersenyum dalam kepenatan. Aku tahu, kau berpenat jerih bekerja demi memberikan keselesaan kepada kami. Mana mungkin aku mensia-siakan kepayahan mu itu wahai ayah. Cuma, bila usia ku menginjak dewasa, aku sudah tidak lagi menyambutmu di muka pintu. Egokah aku ayah? Terkilankah engkau wahai ayah? Andai ya, maafkanlah aku. Aku segan dan malu kerana membiarkan engkau  bersusah terlalu lama tanpa aku dapat membantu meringankan bebanmu. Maafkan aku ayah.
Ayah,
Ayah ingat lagikah ketika keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM yang lalu? Ayah sentiasa ada di sampingku. Ayahlah orang pertama mengetahuinya dan ayahlah orang pertama melihat aku tersenyum gembira saat itu. Tahukah ayah, ketika itu aku sangat gembira kerana engkau tidak perlu lagi memujuk ku seperti dahulu? Aku senang melihat wajah bangga mu dengan kejayaan ku. Aku gembira ayah. Gembira. Ayah ingat lagikah ketika kita berkumpul di dewan menanti guru mengumumkan nama pelajar cemerlang dalam SPM dahulu? Aku berdebar-debar menantikan keputusan itu dan hanya melihat dari jauh, membiarkan engkau dan ibu duduk di satu sudut. Ingatkah ayah ketika itu guru mengumumkan nama insan lain, dan ayah menyangkakan mereka menyebut namaku. Ayah bingkas bangun ingin menerpa ke depan. Aku terkesima saat itu wahai ayah. Aku bimbang kegembiraan mu itu diragut wahai ayah. Aku gelisah. Namun, Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada aku untuk menggembirakan kalian,wahai ayah dan ibu.
Ayah,
Semenjak itu, aku dapat melihat engkau semakin bangga dengan anakmu ini. Tahukah ayah bahawa aku bimbang kelak, andai aku jatuh..adakah ayah akan masih memujukku seperti dahulu? Adakah ayah akan tetap bangga dengan ku? Adakah ayah akan masih di sisiku wahai ayah?
Ayah,
Aku ingin menjadi anak yang baik. Aku ingin menjadi permata dalam keluarga kita. Aku ingin menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain selama usiaku ini. Ayah, aku tahu, engkau sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ku. Terima kasih ayah. Aku tidak akan sia-siakan harapan kau padaku. Aku berjanji ayah. Aku berjanji akan jadi insan sehebat ayah. Aku tidak akan hampakan mu ayah.
Ayah,
Izinkan aku berbakti pula kali ini wahai ayah. Walau aku tidak akan pernah mampu membalas segala pengorbananmu selama ini, namun, biarlah aku tetap membuatmu tersenyum.
Ayah, cukuplah sampai di sini sahaja coretanku buat mu. Rindu, sayang dan cintaku padamu akan ku sematkan dalam hatiku selamanya. Biarpun limpahan dakwat cinta memenuhi kertas putih ini membuktikan ingatanku padamu, dakwat cinta itu tidak akan sedikit pun berkurang dalam hatiku, insya-Allah. Maafkan kesilapan dan keterlanjuran ku selama ini ayah. Ku pohon restumu dalam jihadku menuntut ilmu ini. Sekali lagi, terima kasih ayah.. J



my family.. ^_^

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

4 ulasan:

Muhammad Faris 'Azim berkata...

ayah ratu hidupku. :)

ilhambrothers berkata...

@Muhammad Faris 'Azim ^_^ banyak orang hanya pandang kasih ibu..tapi,kasih ayah juga jgn kita ketepikan..

Juliet_iRa~" berkata...

syg ayah..:)

ilhambrothers berkata...

@Juliet_iRa~" bagus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...