Jumaat, 16 Disember 2011

lawan! lawan!

Assalamualaikum,

pernah tak kita rasa macam ni?

haaa,kalau tanya pada saya,jawapan saya,pernah..tapi,masa dulu-dulu la sebab saya selalu tengok tv waktu maghrib-maghrib ni. kalau kita ingat lagi,waktu-waktu maghrib ni lah yang ada banyak kartun-kartun best kan?macam shin chan,doremon,naruto,detective conan,dan lain-lain..dah la kartun ni antara yang aku minat pon (jangan kritik) ^_^  masa siaran pulak dalam lingkungan pukul 7-8 malam..memang 'cerdik' la tayang kartun best-best waktu maghrib ni kan. nak bagi kita malas solat agaknya..wallahu'alam..tapi,tu dulu la,sebab sekarang saya jarang tengok tv. agak kalau tengok tv tu,tak da la rasanya nak berebut siaran dengan adik beradik dah..*oopss,,kantoi..haha
sambung..

jadi,masa-masa macam ni..mak dan abah saya akan mainkan peranan. mula-mula,mak bagi warning awal dulu.."dah masuk waktu ni, pergi solat dulu"..kalau ralit tengok lagi, abah pula masuk..heee..
kalau RALIT juga lagi...

pooopp....terpadam lah tv tu..maka bingkas la saya bangun dengan muncung sedepa ke bilik air..kah3
*padan muka
---->  jadi,itu kalau saya.memang kita berat rasa nak tunaikan solat ni kan. tambah-tambah bila ada benda 'menarik' @ laghaa yang kita tengah buat. bertimpa-timpalah kemalasan itu menghujani..tapi,antara perintah Allah dengan semua tu,mana lagi penting?bicara soal malas,memang takkan habis ceritalah.kenapa tak kata malas hidup ka,malas bernafas ka...kan senang,bungkus terus..*maaf kalau kasar..hee
nak tak nak,itulah kita kena lawan.lawan bisikan syaitan, nafsu dan tentera-tentera mereka iaitu perkara yang melalaikan kita dari tunaikan solat.
memang la susah..siapa kata senang...kalau nafsu tu boleh nampak secara fizikal,boleh la kita lawan@tabuh@hawin@bantai sampai lembik..*tak semua nafsu ni menghasut kita kepada kejahatan.boleh rujuk SINI untuk pembahagian nafsu ni. masalahnya nafsu ni sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia melibatkan soal-soal kerohanian. di sinilah perlunya pengorbanan kita dan bermujahadah menentang nafsu kita ini.


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan... sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

(Al-'Ankabuut: 69)
semestinya bukan gambar aku... ^_^

itu sahaja,andai tersilap dan salah..tegurlah.. ^_^ sekian~





jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

4 ulasan:

dr.nisa berkata...

terasa...terasa... dulu2, sma la... huhuhu.. tahniah.. entry yg sgt menarik.. dulu waktu2 mcm ni slalu tgk kartun.. skrg, waktu2 mcm ni sgt best berselubung dgn saratoga... yup.. LAWAN!!LAWAN!!!

ilhambrothers berkata...

@dr.nisa insya-Allah..lawan2!! ^_^

Muhammad Faris 'Azim berkata...

pengaruh cerita tentang dhia sangat tinggi. kadang-kadang siap semayang maghrib lewat sebab dia. :p

ilhambrothers berkata...

@Muhammad Faris 'Azim waktu tu la pun dia nak buat cerita best..mentang2 maghrib singkat masanya.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...