Selasa, 20 Disember 2011

next station..next station..

بسم الله الرحمن الرحيم
entry kali ni saya nak bawa pembaca bersama-sama merenung kembali------->
apa perasaan kita bangun tidur pagi-pagi?
apa perkara pertama yang kita ingat semasa kita buka mata dari tidur?
adakah kita ingat untuk membaca doa bangun tidur?
*ok..saya pun nak sama-sama merenung kembali. kealpaan saya. kita sering lupa nikmat hidup yang Allah beri pada kita.boleh buka mata kembali selepas 'mati sementara'..Alhamdulillah...

saya nak kongsi satu pengalaman saya di bumi Mesir ini..di sebuah masjid
berhampiran kawasan kampus saya ini,hampir setiap hari pasti akan ada jenazah yang ingin disolatkan.kadang-kadang seorang,dua orang dan pernah lebih dari itu. ramai jemaah dalam masjid itu ketika itu. saya pernah terbayangkan ada mungkin mati saya nanti akan disolatkan seramai itu?apa mungkin tanah yang sedang saya pijak ini bakal menjadi kubur saya? wallahua'alam..semoga kita mati dalam husnul khotimah...

satu perkara lagi, saya dan kawan saya pernah membuka satu laman yang memaparkan kiraan hidup dan mati di seluruh dunia.semasa melihat itu, saya terfikir, secepat itukah?

*boleh lihat di sini atau sini..saya sendiri tidak pasti kesahihannya,tapi,tak mustahil kan?

terfikirkah kita,mungkin kita juga akan termasuk dalam kiraan itu suatu hari nanti?subhanallah..bersediakah kita?

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang paling bijaksana dalam kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk menghadap Allah selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi)
kerana apa dikatakan sedemikian?kerana, Muslim yang mengingati mati sentiasa menginsafi dirinya dan menyedari Allah Maha Memerhati serta Mengawasi setiap gerak gerinya sama ada pada waktu terang mahupun sunyi. Mengingati mati mengurangkan panjang angan-angannya, menjauhkan fitnah dunia dan membersihkan hati dari sifat sombong dan tamak.

Seterusnya, mengingati mati dapat menjadikan seseorang Muslim itu mempunyai wawasan hidup duniawi dan ukhrawi yang jelas, mempunyai semangat waja dan beristiqamah menelusuri titian hidup penuh pancaroba dengan sentiasa bergantung harap kepada Allah.bukan bertujuan meninggalkan terus urusan keduniaan kerana Islam menyeru umatnya membangun akhirat seimbang dengan pembangunan duniawi. insya-Allah.

siapkah kita?


jom muhasabah..sekian~ ^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

8 ulasan:

Muhammad Faris 'Azim berkata...

serius seram aku tengok benda tuh. :(

ilhambrothers berkata...

@Muhammad Faris 'Azim betul..aku tengok meningkat lagi cepat dari masa berjalan..

TecerWidad berkata...

insaf -__-

ilhambrothers berkata...

@TecerWidad mati itu pasti,hidup insya-Allah..semoga kita dimatikan dalam iman dan islam.. ^_^

Juliet_iRa~" berkata...

kena muhasabah diri sll..

:)

ilhambrothers berkata...

@Juliet_iRa~" insya-Allah.. ^_^

dr.nisa berkata...

Sedetik mengingati mati, sedetik bermuhasabah diri, sedetik mendekati Ilahi.. Moga sedetik ini membantu di akhirat nanti... terima kasih.. ^^

ilhambrothers berkata...

sama-sama.. ^_^ insya-Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...