Sabtu, 6 Oktober 2012

En. P dan Miss Lips

بسم الله الرحمن الرحيم 

#En. P dan Miss Lips




jeng jeng jeng.. taraaaa..setelah sekian lama bercuti di rumah,aku kembali ke habitat aku for this whole year and another 4 years insya-Allah. so, apa yang aku nak brings up kat sini ialah mengenai en.P dan miss lips.
kitorang dah kenal lama dah. sebelum aku datang ke sini lagi, kami dah penah kenal. cuma aku tak sangka lah kan yang kami akan berjumpa lagi like old times kan. :3 fyi, En.P dan Miss Lips ni x kenal antara satu sama lain. cumanya aku muatkan sekali dalam satu entry sebab semalam aku telah bertemu dengan mereka berdua tanpa disangka. jodoh agaknya.

En.P ni dah lama aku dengar tentang dia. selalu orang sebut. kira dia ni femes jugak lah. selalu sebelum ni aku dengar cerita dia ni selalu dijadikan bahan maki hamun oleh mereka yg tinggal di sebelah utara. entah apa puncanya aku sendiri pun tak tahu.
tapi,

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Isnin, 27 Ogos 2012

save sex not safe sex?

بسم الله الرحمن الرحيم 

ni entry kedua aku rasa aku update lepas sebulan duk kat rumah. ya la, duduk rumah kan boleh buat macam-macam. sampai x sempat aku nak update blog.*kononnya* :p

HAHA

Love is like the truth, sometimes it prevails, sometimes it hurts.
fahamilah "ia berbeza apabila orang sayang kita dan kita suka yang lain"
Of all pains, the greatest pain,Is to love, and to love in vain. 
we don't always recognize the moment love begins, but we always recognize the moment it ends
 aku ada tonton rancangan tanyalah ustaz,"Semarakkan Cinta", dan aku baca teks soalan serta jawapan dari satu blog ni. bertujuan untuk berkongsi agar bermanfaat buat kita, insya-Allah. :)

 S: Apakah batasan dalam bercinta, terutamanya kepada pasangan muda?
J: Allah SWT mencipta cinta dan tidak melarang kita untuk bercinta. Perasaan cinta itu fitrah dan pasti ada dalam setiap manusia. Oleh kerana ianya fitrah, cinta itu penting demi kesinambungan dan kebahagiaan hidup manusia. Di samping dorongan perasaan untuk bercinta, ianya perlu disertakan dengan peraturan agar menjadi cinta yang diterima atau dibenarkan. Peraturan disediakan untuk mengawal, bukan untuk menyekat. Sepertimana peraturan di jalan raya yang bertujuan memberi keselamatan kepada penggunanya. Allah lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk kita, oleh itu, kita perlu patuh kepada peraturan yang Allah telah tetapkan. Dalam bercinta, perlu mematuhi syariat dengan tidak boleh berdua-duan, perlu menjaga aurat dengan sempurna. Daripada dapatan kajian, sebanyak 90% ‘couple’ tidak berkahwin pun akhirnya. Jika ada yang berkahwin pun, mereka tidak dapat menjaga kestabilan rumah tangga juga akhirnya. Oleh itu, saya sarankan kepada remaja untuk “SAVE SEX” – memelihara diri daripada zina dan menunggu sehingga berkahwin, dan bukannya mengamalkan “SAFE SEX” yang bertentangan dengan peraturan Allah.  Bagi yang sedang bercinta dan dalam perkahwinan, sila amalkan 2I - Ikhlas bercinta kerana Allah – anggap pasangan sebagai pembantu untuk bersama menjadi hamba Allah yang baik. Kedua - Iktibak (mengikut sunnah Nabi SAW dengan bersungguh-sungguh). Manfaat peraturan cinta yang Allah tetapkan ialah untuk:

  • Menyelamatkan rasa cinta itu sendiri – perasaan yang suci ini tidak boleh dikotori dengan perkara yang Allah murkai.
  • Menyelamatkan orang yang bercinta – Jika berkawan perlu ada niat untuk berkahwin dan bukan untuk main-main atau ‘try an error’ sahaja. Perhatikan ungkapan bijaksana ini – ‘Dunia tidak hairan jika seorang lelaki membunuh diri kerana cinta, tetapi dunia akan hairan jika seorang lelaki membunuh diri kerana ibunya’. Kenapa? Kerana kekecewaan dalam bercinta itu adalah sesuatu yang telah dijangka sebenarnya. 
Firman Allah SWT,




jom, save sex, not safe sex. :)

sekian, ^_^

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Ahad, 19 Ogos 2012

1 syawal Hari Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

sejak aku balik, duk dengar jugak la orang tanya, "bila hang nak update blog?"  "dari balik hari tu hang x update blog lagi ka?".pergghh, bajet serupa ramai sangat lah nak view aku punya blog kan?tapi,x pa lah. at least, ada jugak orang yang jadi back support aku untuk aku tulis. hew3
setelah beberapa ketika, waktu ni lah baru aku terasa nak bukak blog ni dan tulis sedikit entry,

jadi di kesempatan yang ada ni, sempena SYAWAL ini, aku nak ucapkan lah 
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir dan Batin 
andai ada tersalah bicara,
dan seumpamanya,
aku pohonkan semillion kemaafan,
serta doa kalian untuk kesejahteraan kita dunia dan akhirat kelak. :)


kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati lah kembali ke sini nanti. 
latihan yang kita ambil semasa kawal nafsu waktu ramadan tu,
praktikkan lah jugak. 
tahan marah bukan sebab puasa ja,
bukan puasa pun kena tahan marah jugak,
barulah kuat!
sabar bukan waktu puasa saja,
harian2 kita pun kena banyak sabar,
baru latihan tu berguna. :D

Ramadan dah berlalu, Syawal pun baru tiba. pagar nafsu yang kita bina memagari benih iman yang kita tanam semasa Ramadan itu janganlah kita tinggalkannya terbengkalai begitu saja. cabutlah rumput2 malas dan serakah yang menyemak tu. semburlah racun serangga syaitan agar tidak mengganggu tanaman kita. agar kelak kita boleh menuai kemanisan hasilnya. ^^

haaahhh
aku tak pandai berbahasa, berpuitis, tapi aku juga masih bercita-cita menjadi pendakwah. biarlah kita bukan penceramah yang bercakap pong pang pong pang sebab kita xda bakat dan kelebihan macam tu. tapi kita tetap kena jadi daie' untuk Islam. biarlah kita usaha dengan cara kita. bukan dari mata manusia yang kita ingin dilihat, tapi dinilai disisi Allah itu lebih baik. biarlah kalau dulu kita jahat pada awal, tapi kita tetap ingin baik pada akhirnya. moga kita (saya dan pembaca) sama2 menjadi penggerak jentera Islam. :D


ok,aku rasa tu saja. aku beraya tak tara mana pun kali ni. dengan mak abah dan abang aku ja. so, kalau nak datang, tunggu raya ke 3-4 baru datang, tunggu bantuan dari kakak2 aku. kah3
ok,btw, kalau mana yang rasa bersalah dengan aku tu, dan segan nak mintak maaf, jangan  risau, aku dah maafkan insya-Allah. ^_^ 

*mana isteri dan anak2 aku ni. x bersalam minta ampun lagi. :P


sekian~ ^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Khamis, 12 Julai 2012

To blame for everything

بسم الله الرحمن الرحيم

sekian lama aku tinggal blog ni, aku datang balik nak update ni. ok la, aku bukan macam hikaru yui yang update bila stress, tapi aku update bila aku bosan dan ada idea datang. kalau aku jarang update tu, maknanya aku jarang bosan dan aku kering idea. boleh lagu tu? haha, ok straight to the point. 

pagi tadi aku berblog walking sikit dan ada lah aku baca satu entry dari blog diari si introvert ni. aku start baca blog dia lepas aku tengok banyak karya dia masuk dalam iluvislam. and in his new entry he talks about blaming. 


kita selalu rasa kita betul tapi kita jarang tengok apa perlu diperbetul
that's my point is. aku bagi satu analogi,
kita bos. kita ada ramai pekerja, tapi dalam ramai-ramai tu, ada lah seorang mamat ni yang malas dan kurang bekerjasama dalam tugas yang kita beri. apa yang kita fikir?
ok, first point yang aku letak adalah hampir semua dari kita akan menyalahkan pekerja tu sebagai seorang yang tak bertanggungjawab. betul tak?  
why?
because we love to judge. it's reality. kalau kita tgk movie, apa kita buat lepas cerita tu habis? kita kata yang pelakon ni tak berapa nak reti carry watak dia, grafik x cantik, dll. bila kita tengok program realiti tv yang menyanyi-nyanyi tu,(contoh sahaja sebab aku x minat tengok pun), kita akan kata,  judges ni x pandai judge, yg rambut perang tu tak patut menang sebab suara kita lagi sedap #ehh??,dll. sooooo reality walaupun dalam kehidupan nyata. :D
bagus jugak bila kita judge sebenarnya. mungkin tu menunjukkan betapa kita concern tentang sesuatu tu, cumanya lagi bagus kalau kita judge tu dalam masa yang sama kita reflek kan balik kepada diri kita dan muhasabah kekurangan kita sendiri berdasarkan apa kita judge tu. selesai.


kembali ke analogi aku tadi, kita salahkan pekerja tu sebagai priority. ok,aku x kata benda ni salah. the problem is, when we want to put the blame on someone, identify the source of the problem first. and actually, blaming each other doesn't bring you to any solution. 

kenapa tidak???


kerana salah menyalahkan (blaming) x akan pernah habis. cuba kalau kita tanya pekerja yang malas tadi kenapa dia x buat kerja. aku gerenti dia akan jawab sebab dia ada masalah lain. mungkin masalah rumah tangga yang menekan dia, masalah kewangan, desakan bakal mertua dengan hantaran yang mahal2 dll. see? dan kalau kau selidik benda ni sampai pergi tanya bini dia, mungkin bini dia akan kata yang dia stress dengan jiran sebelah yang asyik mengorat dia dan buat laki dia tadi cemburu sampai bergaduh-gaduh. kalau pergi tanya bakal mertua dia, mungkin mertua dia akan kata yang tahap ekonomi sekarang makin tinggi dan dia salahkan kerajaan sebab naikkan harga minyak? #ehhh

it goes round and around. but the problem still there
kita mulakannya dari awal. henti salah menyalahkan. benda salah tetap salah, tapi jangan menyalahkan. kenapa kita tak cuba buat sesuatu yang lebih menarik untuk pekerja kita tadi, contohnya. buat trip, bagi bonus, tazkirah ringkas lepas meeting untuk bagi peringatan sikit tentang amanah dll. secara tak langsung benda ni dapat tambah semangat kerja pekerja malas td dan malah pekerja lain jugak. kalau masih gagal, cubalah confront dengan dia sendiri dan selesai cara baik. kan bagus?

ok,aku tau analogi aku ni kurang baik dan x berapa nak tepat, tapi aku harap point dia sampai lah. sebab aku pun x reti nak cerita macam mana ditambah lagi dengan exam yang mampir ni, aku harap doa kalian mengiringi bersama usaha aku..cewwwaaaahhhh.. :p


got my point?
tu ja la..btw, hari ni 12 julai 2012..12 julai 2012..12 julai 2012..12 julai 2012..12 julai 2012..12 julai 2012..12 julai 2012..12 julai 2012..12 julai 2012.. XP
kalau x paham lagi bukak la wall fb aku.kah3

ok, sekian. 
^_^

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Jumaat, 22 Jun 2012

dinner with sang kacak and si cantik

بسم الله الرحمن الرحيم 

entry susulan sebaik sahaja sesudah baca satu muka surat tentang health education. ok,serius aku tak tipu, mengantuk sangat baca benda ni. sampaikan dalam lecture pun boleh buatkan aku mengelamun selama 2 jam tanpa sedar apa yang prof cakap. HAHA. kalau hangpa nak kata salah aku pun takpa,asalkan hangpa cuba masuk dalam lecture tu sekali. ya,sekali pun jadi lah. aku nak tengok lama mana hangpa tahan. keh3. no offense, seriously. :)

bagi mengelakkan aku mengantuk lebih lama, dan menambah keluasan mata aku sementara nak study bagi malam yang panjang ni, aku nak cerita sikit pasal dinner semalam. ya, semalam kami pelajar tahun 1 Universiti Iskandariah ada dinner(jamuan akhir tahun) sikit. jadi, bertemakan 'spectra de solace', ikhwah disuruh berpakaian suit manakala perempuan bertema flora. ya, flora..

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Rabu, 20 Jun 2012

trust and faith

Trust

W. shakespeare said, 
Love all, trust a few, do wrong to none.
me said,
you can break your promise, but do remember that you'll break my trust too. 



to build trust, you must being honest.
Honesty pays, but it doesn't seem to pay enough to suit some people. maybe that's the reason for you being faking around.
be honest..

but, how about this?
ni kurang pintar namanya..
jujur tu sifat Nabi Muhammad S.A.W. jadi, takda keraguan yang ini satu sifat mulia. tapi, dalam situasi atas ni, bukan memerlukan kejujuran sangat, tetapi lebih kepada kematangan menjawab. sila jangan terlalu lurus bendul. kah3
entry kelam kabut yang jelas menunjukkan aku malas nak update. haha, mohon saudara Hikaru perasan akan kewujudan entry ini. sebab beliau telah bertanyakan bila aku mahu update blog berhabuk ni. tu ja, doa2kan aku nak final bulan depan. juga selamat balik ke Malaysia, insya-Allah.

sekian~
^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Rabu, 25 April 2012

examination kills pupils

بسم الله الرحمن الرحيم 

alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. jadi, jom curi masa sedetik ini sebelum baca entry aku untuk kita ingat kepada Allah dan berselawat kepada RasulNya kerana aku yakin berapa kerat sangat masa yang kita guna dalam 24 jam ini untuk kita ingat Allah dan Rasulullah selain ketika solat dan perkara-perkara sunat lain. yang lain terisi dengan rutin harian kita yang penuh dengan gelak tawa dan perkara-perkara lagha. henti sejenak..
.................................................................

baiklah, kembali ke entry aku, apa yang aku nak cerita kali ni ialah mengenai exam. dulu aku selalu fikir, kenapa kena ada exam? exam ni buat aku sakit kepala ja. stress! kalau takda exam ni baru la orang boleh belajar kerana Allah, bukan kerana exam. cewwaaahh...pandai pulak cakap.HAHA. tapi aku nak tanya korang balik, agak-agak kalau takda exam, korang pulun study dak?
serius aku pernah terfikir cara ni.

aku letak situasi macam ni, 
korang student medic. belajar 5 tahun. tanpa peperiksaan. akaun facebook korang ada 2. twitter ada 1. blog ada 2. LOL, counter strike, DOTA dan sebagainya fully installed dalam laptop. agak-agak, korang ada hati dak nak tengok semua buku-buku anatomy, biochemistry, physiology yang tebal sehinggakan boleh membunuh gajah jika dilempar tu? memang korang boleh kata kalau niat tu kerana Allah, insya-Allah segalanya mampu. aku yakin tu. cuma aku tak yakin berapa ramai sangat boleh jadi macam tu. aku sendiri pun tak. keh3

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Sabtu, 14 April 2012

cinta-cinta yang jadi abu..



بسم الله الرحمن الرحيم    
alhamdulillah dalam entry kali ini aku mengepostkan entry lama yang aku tulis tapi aku dah rasa dan isinya x pernah basi. HAHA
orang sering mengatakan cinta itu buta. kerana ia tidak mengenal sesiapa. tanpa mengira usia. 
bermain cinta itu samalah seperti bermain api. adanya menghangatkan, hilangnya mendinginkan, adakalanya ia marak,tetapi jika tidak dijaga, ia mungkin akan padam. jika tersalah , kita mungkin akan terbakar. meskipun lukanya sembuh, parutnya tetap ada.
seperti quote aku :
love burns too bright in teenagers. and sometime they may burned to ashes. 
 namun, permainan cinta itulah yang disukai orang. mencabar katanya. apabila terluka, mulalah menghiris sini sana, terjun dari bangunan, telan pil berlebihan. agaknya nak beritahu seluruh dunia yang dia gagal dalam bercinta.tak malukah?
apa yang aku nak bawa kat sini, bukanlah tentang kes bunuh diri, tapi erti cinta itu ditolak. mungkin akan ada yang berkata : "kau tak pernah jatuh cinta. tak pernah putus cinta. apa kau tau??"

Jawapan aku : siapa kata tidak? aku pun manusia jugak. cuma aku terlalu comel untuk buat tindakan bodoh macam bunuh diri tu. tambahan lagi, aku tak pernah pulak terbakar jadi abu. KAH3. tapi, aku nampak melalui pengalaman orang lain yang apabila putus cinta, ada yang buat seolah-olah hidup dia sudah tak bererti lagi. tiada lagi tujuan untuk hidup. ada yang menangis seakan-akan itulah pengakhiran hidupnya. ohh..tolonglah. kau ingat kalau kau mati, dia akan balas cinta kau? -,- kau cuma akan menghancurkan hati ibu bapa dan keluarga kau sahaja. mati bukan penyelesaian masalah.


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Rabu, 11 April 2012

ibu ibu seluruh dunia..cemburulah dengan ibuku

بسم الله الرحمن الرحيم  


ni entry lama..sebab broadband baru pulih,aku pun baru post..
alhamdulillah, dapat aku siapkan entry buat kali ini. setelah aku bertungkus lumus dengan kaki serta tangan manusia yang diselimuti bau formalin, bertemu juga aku dengan cuti 2 hari yang pada aku sangatlah bernilai sehingga jika disuakan segunung permata untuk aku tukarkan dengan cuti 2 hari ni, aku pilih dirimu wahai cuti. KAH3# bolehlah aku luangkan masa untuk menaip dan mengerah idea.
baik,mungkin orang boleh kata, tulis blog ni bukan susah pun, tulis ja apa yang terlintas dalam kepala, maka siaplah entry. tapi,masalah bagi aku ialah otak aku bukanlah jalan raya atau landasan kereta api yang membolehkan urusan lalu lintas ini berlaku. maka, terpaksalah aku mengerah keringat membanting tulang empat kerat ini untuk memikirkan idea entry terbaru. mohon hargai. keh3

apa yang aku nak kongsi dalam entry kali ini, ialah mengenai ibu. ya, ibu,mak,umi,mama,mummy,mom,supermom atau apa jua panggilannya yang bagi aku ialah mereka yang paling kuat dalam golongan wanita. setuju?
kepada yang mengatakan tidak, sila bungkus dumbell dalam guni dan ikat pada perut anda selama sembilan bulan. kalau anda mampu, aku pasti anda mesti seorang ibu. tetapi kalau anda lelaki, perut buncit itu memadai. tak perlu bungkus dumbell *kah3.. gurau saja
jika kita ingin menilai pengorbanan seorang ibu, memang takkan mampu untuk kita balas. walau seisi dunia ini kita gadaikan, tidak akan kita mampu membalas susah mereka mengandung,melahirkan,menyusukan,membesarkan,mendidik kita sehingga kita menjadi dewasa sebegini. macam-macam kita boleh baca tentang kisah pengorbanan ibu dan aku bukan nak buat cerpen dalam entry kali ini, mungkin lain kali, jadi bolehlah kalian rujuk sendiri. macam mana nak rujuk? tak perlu susah-susah google cerpen @ novel online ataupun beli novel, selak sendiri halaman kisah hidup kita dan imbau kembali kenangan kita bersama si dia bergelar ibu ini. betapa besarkah pengorbanan mereka selama hayat kita dan seberapa banyak usaha yang kita buat untuk menghargai mereka?


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Ahad, 25 Mac 2012

Segmen : harga menghargai bersama sang teruna

بسم الله الرحمن الرحيم 


Alhamdulillah, aku sememangnya suka mencuri. walaupun mak aku melarang dari kecil agar tidak mencuri,tabiat itu seolah-olah sebati dalam diri aku. maafkan adik mak. saban hari aku akan lakukannya. memang aku dilahirkan untuk menjadi seorang pencuri masa. *haaa..cuak la tu. kah3 aku memang selalu curi waktu demi blog aku yang tak seberapa ni. jadi, kali ni, aku curi lagi waktu aku dan waktu pembaca blog aku untuk baca sedikit tentang dia..


aku tak pernah buat macam ni kat orang, tapi disebabkan aku hargai dia, apa salahnya aku buat macam ni kan.

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...