Rabu, 25 April 2012

examination kills pupils

بسم الله الرحمن الرحيم 

alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. jadi, jom curi masa sedetik ini sebelum baca entry aku untuk kita ingat kepada Allah dan berselawat kepada RasulNya kerana aku yakin berapa kerat sangat masa yang kita guna dalam 24 jam ini untuk kita ingat Allah dan Rasulullah selain ketika solat dan perkara-perkara sunat lain. yang lain terisi dengan rutin harian kita yang penuh dengan gelak tawa dan perkara-perkara lagha. henti sejenak..
.................................................................

baiklah, kembali ke entry aku, apa yang aku nak cerita kali ni ialah mengenai exam. dulu aku selalu fikir, kenapa kena ada exam? exam ni buat aku sakit kepala ja. stress! kalau takda exam ni baru la orang boleh belajar kerana Allah, bukan kerana exam. cewwaaahh...pandai pulak cakap.HAHA. tapi aku nak tanya korang balik, agak-agak kalau takda exam, korang pulun study dak?
serius aku pernah terfikir cara ni.

aku letak situasi macam ni, 
korang student medic. belajar 5 tahun. tanpa peperiksaan. akaun facebook korang ada 2. twitter ada 1. blog ada 2. LOL, counter strike, DOTA dan sebagainya fully installed dalam laptop. agak-agak, korang ada hati dak nak tengok semua buku-buku anatomy, biochemistry, physiology yang tebal sehinggakan boleh membunuh gajah jika dilempar tu? memang korang boleh kata kalau niat tu kerana Allah, insya-Allah segalanya mampu. aku yakin tu. cuma aku tak yakin berapa ramai sangat boleh jadi macam tu. aku sendiri pun tak. keh3

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Sabtu, 14 April 2012

cinta-cinta yang jadi abu..



بسم الله الرحمن الرحيم    
alhamdulillah dalam entry kali ini aku mengepostkan entry lama yang aku tulis tapi aku dah rasa dan isinya x pernah basi. HAHA
orang sering mengatakan cinta itu buta. kerana ia tidak mengenal sesiapa. tanpa mengira usia. 
bermain cinta itu samalah seperti bermain api. adanya menghangatkan, hilangnya mendinginkan, adakalanya ia marak,tetapi jika tidak dijaga, ia mungkin akan padam. jika tersalah , kita mungkin akan terbakar. meskipun lukanya sembuh, parutnya tetap ada.
seperti quote aku :
love burns too bright in teenagers. and sometime they may burned to ashes. 
 namun, permainan cinta itulah yang disukai orang. mencabar katanya. apabila terluka, mulalah menghiris sini sana, terjun dari bangunan, telan pil berlebihan. agaknya nak beritahu seluruh dunia yang dia gagal dalam bercinta.tak malukah?
apa yang aku nak bawa kat sini, bukanlah tentang kes bunuh diri, tapi erti cinta itu ditolak. mungkin akan ada yang berkata : "kau tak pernah jatuh cinta. tak pernah putus cinta. apa kau tau??"

Jawapan aku : siapa kata tidak? aku pun manusia jugak. cuma aku terlalu comel untuk buat tindakan bodoh macam bunuh diri tu. tambahan lagi, aku tak pernah pulak terbakar jadi abu. KAH3. tapi, aku nampak melalui pengalaman orang lain yang apabila putus cinta, ada yang buat seolah-olah hidup dia sudah tak bererti lagi. tiada lagi tujuan untuk hidup. ada yang menangis seakan-akan itulah pengakhiran hidupnya. ohh..tolonglah. kau ingat kalau kau mati, dia akan balas cinta kau? -,- kau cuma akan menghancurkan hati ibu bapa dan keluarga kau sahaja. mati bukan penyelesaian masalah.


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Rabu, 11 April 2012

ibu ibu seluruh dunia..cemburulah dengan ibuku

بسم الله الرحمن الرحيم  


ni entry lama..sebab broadband baru pulih,aku pun baru post..
alhamdulillah, dapat aku siapkan entry buat kali ini. setelah aku bertungkus lumus dengan kaki serta tangan manusia yang diselimuti bau formalin, bertemu juga aku dengan cuti 2 hari yang pada aku sangatlah bernilai sehingga jika disuakan segunung permata untuk aku tukarkan dengan cuti 2 hari ni, aku pilih dirimu wahai cuti. KAH3# bolehlah aku luangkan masa untuk menaip dan mengerah idea.
baik,mungkin orang boleh kata, tulis blog ni bukan susah pun, tulis ja apa yang terlintas dalam kepala, maka siaplah entry. tapi,masalah bagi aku ialah otak aku bukanlah jalan raya atau landasan kereta api yang membolehkan urusan lalu lintas ini berlaku. maka, terpaksalah aku mengerah keringat membanting tulang empat kerat ini untuk memikirkan idea entry terbaru. mohon hargai. keh3

apa yang aku nak kongsi dalam entry kali ini, ialah mengenai ibu. ya, ibu,mak,umi,mama,mummy,mom,supermom atau apa jua panggilannya yang bagi aku ialah mereka yang paling kuat dalam golongan wanita. setuju?
kepada yang mengatakan tidak, sila bungkus dumbell dalam guni dan ikat pada perut anda selama sembilan bulan. kalau anda mampu, aku pasti anda mesti seorang ibu. tetapi kalau anda lelaki, perut buncit itu memadai. tak perlu bungkus dumbell *kah3.. gurau saja
jika kita ingin menilai pengorbanan seorang ibu, memang takkan mampu untuk kita balas. walau seisi dunia ini kita gadaikan, tidak akan kita mampu membalas susah mereka mengandung,melahirkan,menyusukan,membesarkan,mendidik kita sehingga kita menjadi dewasa sebegini. macam-macam kita boleh baca tentang kisah pengorbanan ibu dan aku bukan nak buat cerpen dalam entry kali ini, mungkin lain kali, jadi bolehlah kalian rujuk sendiri. macam mana nak rujuk? tak perlu susah-susah google cerpen @ novel online ataupun beli novel, selak sendiri halaman kisah hidup kita dan imbau kembali kenangan kita bersama si dia bergelar ibu ini. betapa besarkah pengorbanan mereka selama hayat kita dan seberapa banyak usaha yang kita buat untuk menghargai mereka?


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...