Ahad, 25 Mac 2012

Segmen : harga menghargai bersama sang teruna

بسم الله الرحمن الرحيم 


Alhamdulillah, aku sememangnya suka mencuri. walaupun mak aku melarang dari kecil agar tidak mencuri,tabiat itu seolah-olah sebati dalam diri aku. maafkan adik mak. saban hari aku akan lakukannya. memang aku dilahirkan untuk menjadi seorang pencuri masa. *haaa..cuak la tu. kah3 aku memang selalu curi waktu demi blog aku yang tak seberapa ni. jadi, kali ni, aku curi lagi waktu aku dan waktu pembaca blog aku untuk baca sedikit tentang dia..


aku tak pernah buat macam ni kat orang, tapi disebabkan aku hargai dia, apa salahnya aku buat macam ni kan.

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Rabu, 21 Mac 2012

ucapan abang penyayang buat adik tersayang

بسم الله الرحمن الرحيم


yeaaayhhh!!!result gempak!!alhamdulillah!!!
mungkin beginilah teriakan adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan peperiksaan. mungkin dia tak buat di sekolah sebab malu dan bimbang digelar sombong riya' lagi takabbur. tapi aku yakin dia buat dalam hati.kah3

tahniah kerana berjaya melalui zaman persekolahan dengan jayanya. bersedialah untuk zaman IPT kelak. kepada yang nak menyambung STPM dan STAM, bersyukurlah kerana kalian masih berpeluang berpakaian sekolah. itu tandanya kalian masih muda. bukan semua orang boleh pakai baju sekolah. dan, bukankah orang kita suka nampak muda-muda remaja gitu. *aku rasa ja* apa jua jalan yang kailan kalian pilih,yakinlah yang Allah aturkan setiap itu dengan hikmah di sebaliknya. ada kejayaan menanti, insya-Allah.

and for the last, don't ever let the SPM result kicks your ass out. turn around, face them, and punch them back. 

ini bukanlah pengakhiran cerita kita. selagi mata belum terpejam selamanya, masih ada peluang untuk kita tebus kegagalan dengan kejayaan. jangan sia-siakan masa yang kita ada. we never know how much left.

sekian, ^_^

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Sabtu, 17 Mac 2012

kerepek-kerepek cinta yang sedap

بسم الله الرحمن الرحيم 
alhamdulillah,bertemu kita lagi dalam entry aku yang terkini. *bajet macam orang tunggu sangat entry aku. sebelum keyboard menari-nari, sebelum kata tersusun rapi, sebelum idea hilang pergi, aku nak jawab soalan daripada seorang pembaca blog aku,*mungkin aku kena buat formspring,HAHA* yang bertanya mengapakah aku menggunakan aku yang sebelum ini menggunakan saya. sebenarnya bukan salah aku, tapi salah jari aku sebab nak tulis aku dan bukan saya. kalian faham?begini, aku istilahkan diri aku sebagai aku kerana aku selesa sedemikian. aku tak nak blog aku ni jadi official sangat dan kadang-kadang bila aku guna saya, rasa macam seorang perempuan comel lagi ayu dan lemah lembut. pelik kan aku? lagipun, sebenarnya pemakaian istilah aku ni hanya diguna pakai dengan orang-orang yang kita rasa rapat dan selesa, jadi jelaslah yang aku rasa rapat dan selesa dengan kalian semua. tak banggakah jadi kawan aku? 

kembali ke topik asal kita, sebenarnya aku pernah tulis tentang ni, tapi aku nak ingatkan diri aku balik yang sering lalai lagi lupa dan kepada para pembaca yang ingatannya sangat kuat. kita selalu ada perasaan ini. berbicara soal perasaan, selalunya yang kita fikir adalah cinta, cinta dan cinta. mana tak nya, hari-hari dihidangkan dengan,
karipap-karipap cinta, cuti-cuti cinta, kerepek-kerepek cinta, laksa-laksa cinta, apam balik apam balik cinta dan segala jenis bentuk cinta yang memenuhi minda kita khususnya remaja. aku nak cakap tentang lawan bagi cinta iaitu benci.

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Isnin, 5 Mac 2012

orang kata, dari mata turun ke hati.

بسم الله الرحمن الرحيم

mengupdatekan blog memang jadi satu cabaran apabila anda bergelar seorang pelajar. Bagi aku lah. mungkin sebab aku bukanlah seorang blogger tegar yang rajin updatekan blog dan penuh dengan entry berilmiah. aku cuma tulis apa yang aku rasa boleh kongsikan saja. apalah sangat yang aku mampu dengan ilmu yang cetek ni.kan?
tapi, selagi belum aku capai tahap berblogging itu best, mungkin aku akan tetap berusaha mencari mana letaknya ke'best'an itu.

terus ke titik, apa yang saya nak tulis di sini ialah mengenai mata kita. ya, mata yang dikurniakan Allah SubhanahuWaTa'ala. baiklah adik-adik, mari kita buat kelas sains sekolah rendah sedikit. mata mempunyai dua vision iaitu :

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...