Sabtu, 31 Disember 2011

segalanya baru~

1993-->1994-->1995-->1996-->1997-->1998-->1999-->2000-->2001-->2002-->2003-->2004-->2005-->2006-->2007-->2008-->2009-->2010-->2011 dan 2012 insya-Allah..
haa..naseb umur saya 18 tahun ja.kalau 81,memang saya tak tulis dah macam tu..hee
begitu banyak sekali nikmat yang kita perolehi sepanjang hayat kita ini.tidak terhitung.dan kalau kita cuba menghitung pun tak akan mampu..sama-sama kita ambil masa sekejap untuk muhasabah kembali,adakah kita gunakan nikmat itu sebaiknya..Alhamdulillah..
jadi,bila berbicara tentang tahun baru ini,antara perkara yang ada di fikiran kita, tahun baru di sekolah,baju baru,facebook baru,srba serbi baru. dan tak lupa juga azam baru..




haa,berbicara soal azam,ada sedikit perkara yang saya nak kongsi..biasanya bila kita cakap soal azam,setiap tahun kita akan tukar.kadang-kadang azam yang tahun lepas pun belum tertunai kita dah buat azam baru.ya la,nak perbaiki diri menjadi lebih baik..tapi,kalau setiap tahun tukar azam sebab tak tertunai,sia-sia juga kan?


kalau kita lihat pada tahun 2011 dan 2012 yang sedang tiba ni,berbezakah?nombor sahaja yang berbeza kan?tahun-tahun itu akan jadi sama kalau kita masih laluinya dengan cara yang sama.tak cuba menjadikan diri kita lebih baik.jadi,perubahan apa yang kita kena lakukan?


ya,kita perlu berubah. berubah dari segi kematangan kita berfikir,cara kita berfikir dan mentaliti kita sendiri. sesuatu perkara yang terjadi itu kita boleh terima dengan berlapang dada jika kita mind set kan dalam minda kita bahawa itu sesuatu ujian dan pasti ada hikmah Allah buat sedemikian.ingat,Allah tak pernah menzalimi kita.tapi kita yang menzalimi diri kita sendiri.


kata orang,apa yang berlaku pada kita hari ini bergantung pada minda kita semalam.dan apa yang berlaku pada kita esok hari bergantung pada minda kita pada hari ini.
saya ulas kata-kata dari professor doktor Muhaya :
ada orang hidup selama 70 tahun. ada orang pula hidup satu tahun 70 kali. kerana apa hidup selama 70 tahun?kerana setiap tahun dia sentiasa menjadi lebih baik dan tahun-tahun dalam hidupnya memberi kesan yang baik pada dirinya.yang hidup satu tahun 70 kali pula?sepanjang tahun, dia sentiasa berubah-ubah.pendirian tidak tetap.sekejap ingin jadi baik,sekejap tidak.
 pokok yang tumbuh adalah pokok yang hidup.pokok yang tidak tumbuh pula adalah pokok yang mati.bermakna dalam hidup kita ini kita kena selalu meningkat, menjadi lebih baik dari sebelumnya.kalau kita tidak bertumbuh, tidak menjadi lebih baik, samalah kita dengan pokok yang mati.
apa tujuan kita hidup?dan apa pula kaitannya dengan azam?


jawapan saya: tujuan kita hidup seperti yang tercatat dalam kitab suci Al-Quran, iaitu sebagai hamba Allah yang sentiasa beribadat kepadaNya dan dalam masa yang sama sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.namun bagaimana kita hendak beribadat dan menjadi khalifah kalau kita sendiri tidak mengenal Allah?
itulah satu lagi tujuan kita hidup iaitu untuk mengenal Allah.bagaimana ingin mencintaiNya jika kita tak kenal Dia? 


kaitan dengan azam pula?
haa,azam kita yang paling besar dalam hidup ini,kita inginkan husnul khotimah.iaitu mati dalam keadaan baik.subhanallah..jadi setiap azam yang kita cabangkan perlulah kembali kepada teras segala azam kita itu.insya-Allah kita akan dapat mencapai azam kita itu dan menjadi manusia yang kewujudannya dihargai dan kehilangannya ditangisi.


sebab apa pula kita tak boleh nak capai azam kita tu??
---> sebab 1: tiada fokus.macam kita main bola,kita kena ada gol sebagai matlamat kita.kalau tiada gol tu,main-main yang tak da tujuan?passing sana,passing sini?tapi,best ke?
---> sebab 2: minda kita.nak capai azam kena ada plan.nak plan benda kena ada ilmu pengetahuan.mind set kita pun.gagal sikit,susah sikit dah hilang semangat.kita tak boleh cepat mengalah.minda kena kuat.yeah!
*cukup la.kalau kalian ada idea,silalah share ..^_^




ini saya,anda pula bagaimana? ^_^


sekian~ ^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

10 ulasan:

hariz izzuddin berkata...

yup, setuju sgt2 dgn kata2 saudara. :)

peRmaTa_ aGamA berkata...

alhamdulillah..nice entry..=)

m0ga trus istiqamah dalam mengejar redha Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

ilhambrothers berkata...

@hArRyZ terima kasih saudara~ ^_^

ilhambrothers berkata...

@peRmaTa_ aGamA insya-Allah..sama2 melangkah ke arah lebih baik..

NorFarahin@aien berkata...

selamat tahun 2012..

jgn tahu membuat azam jew...yukk..kotakan azam 2..jihad fisabilillah!!

semoga hari ini lebih baik drp semalam & kehidupan kita sentiasa mndapat rahmat dariNya..inshaAllah:)

ilhambrothers berkata...

insya-Allah... ^_^

arsal74 berkata...

سلامت تاهون بهارو

putra berkata...

azam sya adlah utk mndapatkan azam baru.. :P bleyh x klu cmtuh...? hihihi..

ilhambrothers berkata...

putra ni memang mengada-ngada..kah3

putra berkata...

aip penulis!! xbaek mngata org.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...