Rabu, 11 Januari 2012

sebarkan cinta sesama manusia


alhamdulillah,setelah sekian lama tidak meng-update-kan blog ini,saya curi masa sedikit untuk menulis entry ini. jadi,idea yang datang dari fikiran saya pada malam yang sejuk lagi menyenyakkan tidur ini, saya nak kongsi bersama para pembaca blog ini yang setia..hee-----*terima kasih


jadi,insya-Allah,dalam entry kali ini saya nak bawa pembaca semua persiapkan kembali diri untuk menjadi seorang manusia yang berjiwa dengan jiwa seorang pencinta..dan bukan jiwa seorang pembenci.. ^_^
apa yang saya maksudkan??


sahabat-sahabat,sahabiah-sahabiah yang saya kasihi sekalian.. 
kalau saya bawa satu soalan dan saya minta kalian jawab dengan jujur dalam hati masing-masing..pernahkah kita membenci seseorang? sila renung sejenak..
KATA SAYA----> ya,saya sendiri pernah membenci orang..tapi,itulah salah saya. dan saya yakin, pasti setiap dari kita ada perasaan macam tu. lain la kalau awak seorang yang berhati suci sehinggakan tak pernah ada sekelumit rasa benci pada orang.hee..kalau ada, tahniah.. ^^  baiklah,sebenarnya,bila kita benci orang,perasaan itu bukan membuat ketenangan pada hati kita, tapi kita lebih rasa terseksa.betul kan?kita rasa berdendam,semua orang tu buat kita fikir negatif..dia buat baik,kita kata dia pura-pura. dia buat jahat,kita kata,tak syak la,memang perangai azali macam tu..senang saya katakan,orang yang hidup dengan benci pada orang hanya menyeksakan hidup dia sendiri..setuju?

andai kita terdetik untuk membenci seseorang,pandanglah kebaikan yang pernah dia lakukan,agar itu dapat memadamkan bara benci..semaikanlah kasih sayang kerana ia akan dapat menghilangkan kebencian.
memang betul..kalau kita hanya pandang benda buruk,kita tak akan dapat hargai orang tu kerana kita butakan mata kita dari melihat kebaikannya. siapa tahu, jika kita tanam benih cinta, kelak kita akan tuai hasil iaitu perubahan sikap orang tu..bukankah itu lagi mulia? ^_^  dari yang dibenci menjadi sahabat sejati..ohh~

TAPI,
mungkin ada orang kata, kalau dah perangai macam haram apa lagi, sampai semua orang tak suka, takkan kita tak boleh nak benci dia?
jawapan saya---> yaa..betul..memang perangai dia teruk,kan?tapi, cukuplah kita benci perangai dia yang teruk tu.bukan membenci dirinya.sambil tu,kita doakan agar dia berubah menjadi lebih baik..siapa tahu,kelak dia lebih baik dari diri kita? ^^
pesanan saya buat diri saya dan pembaca sekalian, janganlah kita mudah membenci,sebab kita sendiri tak tahu sama ada diri kita ni disukai atau tidak..lebih baik kita sayangi sesama manusia dan sebarkan kasih sayang di muka bumi Allah ini. semoga ukhwah terbina itu mewujudkan umat Islam yang lebih kuat.. insya-Allah..
insya-Allah..perubahan memajukan diri.. ^_^

sekian~ ^_^



jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

4 ulasan:

putra berkata...

"aku benci hang!".. kata abu kepada basikalnya yg rosak.. =="
ok2.. aku dpt da point.. jgn mudah mmbnci org..sabar...dan berdoa akan kebaikan.. insyaAllah.. (^_^)

ilhambrothers berkata...

benar..itulah sebaiknya.. ^^

Dr Ibnbakr berkata...

Hate the sin,not the sinnner.
Sebarkan bahagia,sebarkan cinta.

*nanti,kalau ana buat nta sakit hati,jangan pandang dengan perasaan benci.Paling kurang,ziarahlah bilik dengan firahk masywi sekali. Itu barulah namanya sebarkan cinta^^keh3

ilhambrothers berkata...

@Dr Ibnbakr kah3,,demand awal nampak.. ^_^ insya-Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...