Rabu, 25 April 2012

examination kills pupils

بسم الله الرحمن الرحيم 

alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. jadi, jom curi masa sedetik ini sebelum baca entry aku untuk kita ingat kepada Allah dan berselawat kepada RasulNya kerana aku yakin berapa kerat sangat masa yang kita guna dalam 24 jam ini untuk kita ingat Allah dan Rasulullah selain ketika solat dan perkara-perkara sunat lain. yang lain terisi dengan rutin harian kita yang penuh dengan gelak tawa dan perkara-perkara lagha. henti sejenak..
.................................................................

baiklah, kembali ke entry aku, apa yang aku nak cerita kali ni ialah mengenai exam. dulu aku selalu fikir, kenapa kena ada exam? exam ni buat aku sakit kepala ja. stress! kalau takda exam ni baru la orang boleh belajar kerana Allah, bukan kerana exam. cewwaaahh...pandai pulak cakap.HAHA. tapi aku nak tanya korang balik, agak-agak kalau takda exam, korang pulun study dak?
serius aku pernah terfikir cara ni.

aku letak situasi macam ni, 
korang student medic. belajar 5 tahun. tanpa peperiksaan. akaun facebook korang ada 2. twitter ada 1. blog ada 2. LOL, counter strike, DOTA dan sebagainya fully installed dalam laptop. agak-agak, korang ada hati dak nak tengok semua buku-buku anatomy, biochemistry, physiology yang tebal sehinggakan boleh membunuh gajah jika dilempar tu? memang korang boleh kata kalau niat tu kerana Allah, insya-Allah segalanya mampu. aku yakin tu. cuma aku tak yakin berapa ramai sangat boleh jadi macam tu. aku sendiri pun tak. keh3

macam mana pulak kita nak jawab bila orang kata, belajar sebab exam ni ingat bila exam ja. habis exam lupa la. itu salah kita sendiri sebenarnya. sebab kita buat sambil lewa dan memang semata-mata belajar kerana exam. apa kata kita adjust sikit term tu. belajar melalui exam. maksudnya? kita belajar sesuatu tu dan kemudian belajar pulak dengan exam yang kita ambil. jujur aku cakap, aku bila jawab exam baru nampak banyak benda yang sebelum ni tak pernah perasan pulak ada. maksudnya kat sini, kita boleh dapat banyak manfaat daripada exam tu sendiri. dibandingkan dengan tak da exam yang membuatkan kita sendiri tak tahu kita di tahap mana. itu pun kalau study. ^.^

“There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work learning from failure.” ~ General Colin Powell

macam mana nak belajar melalui exam ni? 
ok, cadangan aku, kita jawab exam tu sekali lagi atau dalam erti kata lain, repeat exam but unofficially.dengan itu, kita boleh tengok sama ada kita terus ulang kesilapan sama atau tak. lagi pula,kita boleh tengok bahagian mana kita lemah.kan?
aku ingat cikgu add math aku dulu pernah kata, kalau buat seribu soalan pun, kalau tak paham apa yang dibuat pun tak guna. baik buat satu soalan tapi paham semuanya. haa,jadi, dalam situasi macam ni, kalau kita tenung balik kertas exam kita yang lama, maka kita boleh tengok sendiri mana kelemahan kita. maka, boleh kita tingkatkan. kan?
tapi, mungkin orang boleh kata juga," kalau kita buat ja latihan tu macam kita buat exam, kan boleh jugak?tak payah la buat exam". sekali lagi aku nak tanya, kalau buat latihan @ exercise tu masuk dalam pilihan antara LOL,DOTA,CS,twitter,facebook semua tu, korang nak pilih yang mana? HAHA

baiklah, tu pendapat aku pasal exam ni sebab aku sendiri pun dalam musim peperiksaan. cuma, sambil cari mood study tu, aku tulis lah entry ni untuk motivate kan diri aku sendiri. kalau bermanfaat untuk korang pun, bagus lah. ^_^ alhamdulillah.

“Strength of mind is exercise, not rest.” ~ 
                                                                                 
boleh x macam ni? =D

sekian~ (^,^~)

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

8 ulasan:

Hikaru Yui berkata...

that's why la kan..for some reasons.. i believe mmg kita kena study demi exam.. itu lebih realistic =p=p=p

ilhambrothers berkata...

@Hikaru Yui haha..betul tu..sedangkan ada exam pun,sometime org boleh x study, inikan pulak x da exam. ^^

Sang Pujangga berkata...

peperiksaan,
ia penentu masa depan..
diuji dalam kehidupan..
syurga dalah kejayaan..

btw..nice entry..

ilhambrothers berkata...

@Sang Pujangga terima kasih sang pujangga..jarang mengomen di sini.. :D hehe

Muhammad Faris 'Azim berkata...

realitinya memang kita study untuk exam. lepas exam lupa. susah nak ubah mentaliti ni. :)

ilhambrothers berkata...

@Muhammad Faris 'Azim haa..tu betul..tp,study sebab exam pun sekurang-kurangnya ada jugak berbekas dalam ingatan tu kan? :D drpd xda exam,belum tentu study.haha

putra berkata...

lagi 3 paper~~ wuaaa!!

arsal74 berkata...

Mana-mana sistem pendidikan perlukan sistem penilaian. Sebab itu dalam kerhidupanpun ada penialain : halal - haram, dosa - pahala. Namun penilaian di Malaysia (dan banyak tempat di dunia) menjadikan manusia seperti robot, terutamanya para ibu bapa. Mengejar A yang keterlaluan sehingga kanak-kanak prasekolah pun dikejar2 unt dpt A - sehingga menghilangkan zaman kanak2 mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...