Sabtu, 14 April 2012

cinta-cinta yang jadi abu..



بسم الله الرحمن الرحيم    
alhamdulillah dalam entry kali ini aku mengepostkan entry lama yang aku tulis tapi aku dah rasa dan isinya x pernah basi. HAHA
orang sering mengatakan cinta itu buta. kerana ia tidak mengenal sesiapa. tanpa mengira usia. 
bermain cinta itu samalah seperti bermain api. adanya menghangatkan, hilangnya mendinginkan, adakalanya ia marak,tetapi jika tidak dijaga, ia mungkin akan padam. jika tersalah , kita mungkin akan terbakar. meskipun lukanya sembuh, parutnya tetap ada.
seperti quote aku :
love burns too bright in teenagers. and sometime they may burned to ashes. 
 namun, permainan cinta itulah yang disukai orang. mencabar katanya. apabila terluka, mulalah menghiris sini sana, terjun dari bangunan, telan pil berlebihan. agaknya nak beritahu seluruh dunia yang dia gagal dalam bercinta.tak malukah?
apa yang aku nak bawa kat sini, bukanlah tentang kes bunuh diri, tapi erti cinta itu ditolak. mungkin akan ada yang berkata : "kau tak pernah jatuh cinta. tak pernah putus cinta. apa kau tau??"

Jawapan aku : siapa kata tidak? aku pun manusia jugak. cuma aku terlalu comel untuk buat tindakan bodoh macam bunuh diri tu. tambahan lagi, aku tak pernah pulak terbakar jadi abu. KAH3. tapi, aku nampak melalui pengalaman orang lain yang apabila putus cinta, ada yang buat seolah-olah hidup dia sudah tak bererti lagi. tiada lagi tujuan untuk hidup. ada yang menangis seakan-akan itulah pengakhiran hidupnya. ohh..tolonglah. kau ingat kalau kau mati, dia akan balas cinta kau? -,- kau cuma akan menghancurkan hati ibu bapa dan keluarga kau sahaja. mati bukan penyelesaian masalah.



sedarkah kita, bahawa cinta kita itu berlebihan?kita terlalai. terleka. tanpa kita sedar,kita lupa untuk mencintai yang sepatutnya.
DIA yang sentiasa ada. DIA yang sentiasa melihat kita. DIA yang mengetahui setiap perlakuan kita. Menjaga kita dari ditimpa bahaya. tapi,kita abaikan DIA. kita dengan muka tak malunya merayu-rayu mahukan cinta orang lain. sudahlah belum halal, tapi terhegeh-hegeh lebih.

bila DIA palingkan cinta orang yang kita kasihi itu, mulalah kita merana..menangis..sedarkah kita bahawa DIA sedang mengingatkan kita bahawa tiada cinta lain yang boleh melebihi cinta kepada DIA dan kekasihNYA..sedarlah yang DIA masih menyayangi kita dan tidak mahu kita terus hanyut. ^_^
lagi pula, ibadah yang didasari dengan cinta , tidak akan menjadi beban pada empunya diri malah ia akan menjadi makanan lazat buat rohani..
kalau agak nak bercinta sangat, mintaklah dengan mak abah nak kahwin. boleh saling mencintai kerana Allah. #sweetnya!mak nak kahwin!haha


ajarlah anak-anak lagu ni :
satu satu, saya sayang Allah,
dua dua, sayang Rasulullah,
tiga tiga, sayang ibu ayah,
satu dua tiga sayang semuanya~
empat empat?sayang akulah!HAHA


cincin ni asalnya aku nak beli. tapi, ada orang dah menabung dari kecik semata-mata nak beli cincin ni.terpaksalah aku beralah. -,-

sekian~ ^_^



jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...