Sabtu, 17 Mac 2012

kerepek-kerepek cinta yang sedap

بسم الله الرحمن الرحيم 
alhamdulillah,bertemu kita lagi dalam entry aku yang terkini. *bajet macam orang tunggu sangat entry aku. sebelum keyboard menari-nari, sebelum kata tersusun rapi, sebelum idea hilang pergi, aku nak jawab soalan daripada seorang pembaca blog aku,*mungkin aku kena buat formspring,HAHA* yang bertanya mengapakah aku menggunakan aku yang sebelum ini menggunakan saya. sebenarnya bukan salah aku, tapi salah jari aku sebab nak tulis aku dan bukan saya. kalian faham?begini, aku istilahkan diri aku sebagai aku kerana aku selesa sedemikian. aku tak nak blog aku ni jadi official sangat dan kadang-kadang bila aku guna saya, rasa macam seorang perempuan comel lagi ayu dan lemah lembut. pelik kan aku? lagipun, sebenarnya pemakaian istilah aku ni hanya diguna pakai dengan orang-orang yang kita rasa rapat dan selesa, jadi jelaslah yang aku rasa rapat dan selesa dengan kalian semua. tak banggakah jadi kawan aku? 

kembali ke topik asal kita, sebenarnya aku pernah tulis tentang ni, tapi aku nak ingatkan diri aku balik yang sering lalai lagi lupa dan kepada para pembaca yang ingatannya sangat kuat. kita selalu ada perasaan ini. berbicara soal perasaan, selalunya yang kita fikir adalah cinta, cinta dan cinta. mana tak nya, hari-hari dihidangkan dengan,
karipap-karipap cinta, cuti-cuti cinta, kerepek-kerepek cinta, laksa-laksa cinta, apam balik apam balik cinta dan segala jenis bentuk cinta yang memenuhi minda kita khususnya remaja. aku nak cakap tentang lawan bagi cinta iaitu benci.


benci ini selalunya melimpahi otak dan hati kita apabila kita tidak gemar dengan perbuatan orang lain sama ada dengan sengaja menyakiti hati kita, menjatuhkan maruah mahupun melukakan perasaan kita ataupun tanpa sengaja. tapi, kita kena ingat. hidup kita ni bagaikan roda. hidup kita juga macam echo. ada pantulannya sendiri. mungkin kita benci orang sekarang, tapi jangan hairanlah kalau nanti kita pula dibenci orang ramai. Allah itu Maha Adil.

“Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling belakang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah Subhanawataala yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya. Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya.” (Hadis riwayat Muslim).

sila baca hadis di atas ini dan kepada sesiapa yang melangkaunya(tak baca) sila scroll ke atas dan baca. 
aku bukanlah seorang yang pandai dan tahu menghurai hadis, tapi aku rasa hadis atas ni jelas dan insya-Allah sesiapa yang nak dalami boleh tanya yang lebih pakar.
Sesungguhnya persaudaraan Islam terbit dari ketinggian akhlak, sementara tafarruq (perselisihan) merupakan akibat dari rendahnya akhlak.
macam mana kita nak cuba jadi orang yang mengasihi dan dikasihi? aku kongsi tips sikit :
  1. pelihara solat dan ibadah-ibadah khusus yang lain
  2. memberi salam dan bertegur sapa dengan rakan-rakan
  3. bersikap ceria apabila bertemu orang
  4. selalu sedekahkan senyuman kepada orang
  5. sampaikan tentang kebaikan orang lain dan sembunyikan keburukannya
  6. banyak bersabar
  7. bersangka baik kepada orang lain
  8. bersedia untuk memaafkan.
dan aku rasa cara terbaik ialah dengan memaafkan orang dan biasakannya sebelum tidur. amalkan ni. ingatlah yang kita hanya pedagang di dunia, 
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. " 
andai kita tidak sempat memaafkan orang, alangkah sedihnya kita mati dalam keadaan membenci. na'udzubillah.
Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? 
p/s: jangan lupa maafkan aku sebelum tidur! aku minta maaf. :)
sekian~ ^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

2 ulasan:

putra berkata...

penulis, saya nk tya ckit.. antra meminta maaf dan memaafkan, yg mana yg agk2 susa ckit bg kebanyakan org n mengapa?.. :)

*kantoi plak langkau baca hadis.. =,="

ilhambrothers berkata...

@putrahaha,mcm mna nak cakap,,dua2 susah sebenarnya.sebab lain org,lain perangai..ada yg susah nak minta maaf kerana ego yg melampau-lampau.dan ada yg susah memaafkan kerana dendam yg melampau-lampau..pendapat ja.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...