Isnin, 5 Mac 2012

orang kata, dari mata turun ke hati.

بسم الله الرحمن الرحيم

mengupdatekan blog memang jadi satu cabaran apabila anda bergelar seorang pelajar. Bagi aku lah. mungkin sebab aku bukanlah seorang blogger tegar yang rajin updatekan blog dan penuh dengan entry berilmiah. aku cuma tulis apa yang aku rasa boleh kongsikan saja. apalah sangat yang aku mampu dengan ilmu yang cetek ni.kan?
tapi, selagi belum aku capai tahap berblogging itu best, mungkin aku akan tetap berusaha mencari mana letaknya ke'best'an itu.

terus ke titik, apa yang saya nak tulis di sini ialah mengenai mata kita. ya, mata yang dikurniakan Allah SubhanahuWaTa'ala. baiklah adik-adik, mari kita buat kelas sains sekolah rendah sedikit. mata mempunyai dua vision iaitu :
  1. streoscopic vision - ada pada mata manusia, helang dan haiwan pemangsa. melibatkan fungsi dua mata. sudut pandangan yang lebih sempit tetapi boleh menentukan jarak dengan lebih tepat.
  2. monocular vision - ada pada mata haiwan mangsa seperti lembu, rusa dan sebagainya. melibatkan fungsi sebelah mata. jadi, mempunyai sudut pandangan yang lebih luas tetapi tidak dapat menentukan jarak sesuatu.
itulah pandangan mata kita yang Allah kurniakan. jelas, Allah tunjukkan bahawa kita hanya boleh memandang sesuatu itu hanya dalam lingkungan keluasan yang sempit dan hanya mampu fokus kepada sesuatu tempat sahaja. dan pandangan mata ini jugalah yang Allah suruh kita jaga.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ  “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menundukkan pandanganya, dan menjaga kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (QS : An Nuur : 30).
Ibnul Qoyyim rohimullah ada juga mengatakan,
“Pandangan itu merupakan utusan hati, hatilah yang mengutus pandangan untuk melihat apa yang bisa dikabarkannya dari keindahan apa yang terlihat. Kemudian dari apa yang dilihat inilah muncul rasa rindu, yang kemudian berubah menjadi rasa cinta yang selanjutnya rasa cinta ini dapat berubah menjadi rasa cinta yang bersifat penghambaan, sehingga hatinya menjadi hamba apa yang dia cintai yang semula hanya berawal dari apa yang dia lihat. Sehingga akhirnya mengakibatkan letihnya hati dan hatinya akan menjadi tawanan apa yang ia lihat. Kemudian sang hati yang telah letih ini mengeluhkan keletihannya pada pandagan, namun apa yang dikatakan pandangan tidaklah seperti yang dia harapkan. Dia mengatakan, “Aku hanyalah sebagai utusanmu dan engkaulah yang mengutusku”
apabila kita menjaga pandangan, bermaksud kita turut menjaga hati kita. 
jadi, dengan menjaga pandangan juga mungkin boleh mengelakkan kita dari berprasangka buruk terhadap sesuatu. ya, memang, orang akan kata, kita bukanlah alim atau thiqah sangat sampai mampu nak jaga pandangan setiap masa. sebenarnya apa yang aku mampu katakan ialah, kita berusaha dan Allah menyaksikannya. kalau kita tidak pernah berusaha, mana mungkin datang hasilnya. ^^


# sedikit perkongsian, mungkin kita boleh biasakan sebelum tidur kita, atau anak-anak kita,melafazkan :
Allah melihatku,Allah menyaksiku,Allah bersamaku. 
ini pesan dari bonda saya yang tercinta.agar kita sentiasa mengingati yang Allah itu ada dan selalu melihat tingkah laku kita. Ingatlah, Allah Maha Melihat. 


sekian, ^_^










jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

3 ulasan:

putra berkata...

Allah melihatku, Allah menyaksiku, Allah bersamaku.. InsyaAllah.. (^_^)

*tips laen utk jga mata: MAKAN TOMATO.. :P

ilhambrothers berkata...

@putra makan tomato pun boleh? :p

putra berkata...

ntah.. aku xpenah pon mkn tomato.. =,="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...