بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah,bertemu kita lagi dalam entry aku yang terkini. *bajet macam orang tunggu sangat entry aku. sebelum keyboard menari-nari, sebelum kata tersusun rapi, sebelum idea hilang pergi, aku nak jawab soalan daripada seorang pembaca blog aku,*mungkin aku kena buat formspring,HAHA* yang bertanya mengapakah aku menggunakan aku yang sebelum ini menggunakan saya. sebenarnya bukan salah aku, tapi salah jari aku sebab nak tulis aku dan bukan saya. kalian faham?begini, aku istilahkan diri aku sebagai aku kerana aku selesa sedemikian. aku tak nak blog aku ni jadi official sangat dan kadang-kadang bila aku guna saya, rasa macam seorang perempuan comel lagi ayu dan lemah lembut. pelik kan aku? lagipun, sebenarnya pemakaian istilah aku ni hanya diguna pakai dengan orang-orang yang kita rasa rapat dan selesa, jadi jelaslah yang aku rasa rapat dan selesa dengan kalian semua. tak banggakah jadi kawan aku?

kembali ke topik asal kita, sebenarnya aku pernah tulis tentang
ni, tapi aku nak ingatkan diri aku balik yang sering lalai lagi lupa dan kepada para pembaca yang ingatannya sangat kuat. kita selalu ada perasaan ini. berbicara soal perasaan, selalunya yang kita fikir adalah cinta, cinta dan cinta. mana tak nya, hari-hari dihidangkan dengan,
karipap-karipap cinta, cuti-cuti cinta, kerepek-kerepek cinta, laksa-laksa cinta, apam balik apam balik cinta dan segala jenis bentuk cinta yang memenuhi minda kita khususnya remaja. aku nak cakap tentang lawan bagi cinta iaitu benci.