Rabu, 11 April 2012

ibu ibu seluruh dunia..cemburulah dengan ibuku

بسم الله الرحمن الرحيم  


ni entry lama..sebab broadband baru pulih,aku pun baru post..
alhamdulillah, dapat aku siapkan entry buat kali ini. setelah aku bertungkus lumus dengan kaki serta tangan manusia yang diselimuti bau formalin, bertemu juga aku dengan cuti 2 hari yang pada aku sangatlah bernilai sehingga jika disuakan segunung permata untuk aku tukarkan dengan cuti 2 hari ni, aku pilih dirimu wahai cuti. KAH3# bolehlah aku luangkan masa untuk menaip dan mengerah idea.
baik,mungkin orang boleh kata, tulis blog ni bukan susah pun, tulis ja apa yang terlintas dalam kepala, maka siaplah entry. tapi,masalah bagi aku ialah otak aku bukanlah jalan raya atau landasan kereta api yang membolehkan urusan lalu lintas ini berlaku. maka, terpaksalah aku mengerah keringat membanting tulang empat kerat ini untuk memikirkan idea entry terbaru. mohon hargai. keh3

apa yang aku nak kongsi dalam entry kali ini, ialah mengenai ibu. ya, ibu,mak,umi,mama,mummy,mom,supermom atau apa jua panggilannya yang bagi aku ialah mereka yang paling kuat dalam golongan wanita. setuju?
kepada yang mengatakan tidak, sila bungkus dumbell dalam guni dan ikat pada perut anda selama sembilan bulan. kalau anda mampu, aku pasti anda mesti seorang ibu. tetapi kalau anda lelaki, perut buncit itu memadai. tak perlu bungkus dumbell *kah3.. gurau saja
jika kita ingin menilai pengorbanan seorang ibu, memang takkan mampu untuk kita balas. walau seisi dunia ini kita gadaikan, tidak akan kita mampu membalas susah mereka mengandung,melahirkan,menyusukan,membesarkan,mendidik kita sehingga kita menjadi dewasa sebegini. macam-macam kita boleh baca tentang kisah pengorbanan ibu dan aku bukan nak buat cerpen dalam entry kali ini, mungkin lain kali, jadi bolehlah kalian rujuk sendiri. macam mana nak rujuk? tak perlu susah-susah google cerpen @ novel online ataupun beli novel, selak sendiri halaman kisah hidup kita dan imbau kembali kenangan kita bersama si dia bergelar ibu ini. betapa besarkah pengorbanan mereka selama hayat kita dan seberapa banyak usaha yang kita buat untuk menghargai mereka?


mengapa di antara ibu dan bapa, ibu lebih diutamakan?
عن أبي هريرة قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال:من أحق الناس بحسن صحابتي؟قال:أمك ,قال:ثم من؟ قال:ثم أمك قال:ثم من؟قال:ثم امك,قال ثم من؟قال :ثم أبوك 
Maksudnya: “Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu”.  — Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim ; lafaz Bukhari hadis no 5971]
mengapa hak ibu lebih diutamakan? kerana ibu telah menanggung perit dan derita ketika hamil, menjadi lemah kerana mambawa bayi dalam rahimnya. kesusahan mengandung dengan mengidamnya, loya peningnya. begitu juga sepanjang tempoh menyusu bila mana waktu tidur ibu terganggu dek tangisan kita yang inginkan susu. 
Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14:ووصينا الإنسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله فى عامين أن شكرلي ولوالديك إلى المصيرMaksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) 

adakah ini bermaksud aku tak perlu sayangkan ayah aku? tidak. kerana aku juga bakal ayah kepada anak-anak aku kan? *kah3. malah aku hormati dan sayangi ayahku ini yang turut banyak berkorban demi aku. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengutamakan ibu dengan mengulangnya 3 kali, tetapi, Rasulullah masih menyebut ayah kemudiannya. ini bermakna kita masih perlu utamakan ayah kita. ^_^

jadi, bila kita sebut tentang hari ibu, walaupun aku tak ingat tarikh sebenar dia, yang aku ingat ianya disambut bulan 5 minggu kedua. tetapi, bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. dan hargailah mereka setiap hari selagi mana kita masih berpeluang sebelum dia atau kita kembali menemui Sang Pencipta. :)
dan di kesempatan ini, aku nak ucap Selamat Hari Lahir kepada bonda tercinta, Rasidah Binti Noordin, semoga mak sentiasa dalam reda Allah. anakanda sentiasa doakan kebaikan kalian berdua. “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” 

sungguh adik rindukan kalian wahai mak dan abah. kepada ibu-ibu lain, sila cemburu kerana saya tujukan ini buat mak saya. tapi, saya yakin yang anak-anak kalian juga menyayangi kalian semua. :)

abang aku dengan mak aku

sekian, ^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

8 ulasan:

yui berkata...

adakah itu abang anda atau itu mmg anda? hehee

ilhambrothers berkata...

@Hikaru Yui eh..xkan la nak letak gambar sendiri..batak sangat tuu.. :p

greenlover berkata...

gmbaq abng ker????
konpius la...!!!!

putra berkata...

nasib baek aku xdak blog sndri ja nk tulih kat mak aku.. :PP hehe.. tp kompom xterer cm ang la..

*p/s: gambaq tuh, org len ang bleyh klentong, aku, sory laa.. hehe..

ilhambrothers berkata...

@greenlover eh..eh..haha..

ilhambrothers berkata...

@putralaalaalaa..kalau hensem tu abg aku,kalau sgt nsem tu aku..kah3

mata_indigo berkata...

oit3...ni apa mempergunakan orang ni...hoho...-abg yg sebenar-

ilhambrothers berkata...

hahahha..alamak,kantoi. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...