Sabtu, 28 Januari 2012

double personality~

bismillah..
jadi,memandangkan beberapa hari lagi adalah hari peperiksaan, saya agak sibuk la dengan kerja-kerja 'study'ni..*ok,blog ini cuma untuk rilekskan minda saja..haha
apa yang saya nak bawa kat sini,ialah mengenai double personality..pernah dengar sebelum ni?saya pun tak pernah..tapi,beberapa hari yang lalu,ketika berbual dengan seorang 'kawan' saya,(tak perlu tahu siapa), beliau ada cakap tentang double personality ni..bila saya fikir balik,ada betulnya juga..sebab benda tu kebiasaannya wujud semulajadi dalam diri kita..kalau kita tak sedar,orang sekeliling mungkin sedar..




double personality ni boleh merujuk kepada individu yang sama, tetapi dengan perwatakan yang berbeza. kalau kita tengok, wujud dua atau lebih personaliti dalam diri seseorang. satu personaliti utama dan selebihnya sebagai personaliti yang akan ambil alih dalam keadaan-keadaan tertentu. jadi, saya nak bawa 5 keadaan di mana double personality ini boleh ambil alih :

1) memory loss (hilang ingatan)
    hilang ingatan atau memory loss ni boleh membawa kepada pertukaran personaliti seseorang..sebagai contoh,seorang suami yang penyayang boleh berubah menjadi seorang yang panas baran or something else yang mungkin disebabkan oleh kemalangan atau hentakan di kepala yang menjejaskan ingatan lama mereka. keadaan ini juga boleh jadi sebaliknya.
2) trauma
    saya katakan trauma kerana kalau kita lihat, kesan daripada trauma ini sangat besar..seorang yang mengalami trauma dalam hidup kemungkinan besar akan mengalami perubahan sikap dan personaliti. sebagai contoh, seorang wanita yang dirogol berkemungkinan untuk berubah sikap daripada periang kepada muram, bersendirian dan sebagainya. hal ini kerana, personaliti utama mereka telah menerima impak daripada trauma tersebut yang mengakibatkan perubahan personaliti. contoh lain pula, seorang kanak-kanak mangsa penderaan boleh berubah sikap daripada tabiat kanak-kanak biasa berubah menjadi seorang yang kejam..ianya tidak mustahil..
3) stress
    kesan daripada stress juga boleh membawa perubahan personaliti seseorang. contohnya, akibat daripada tekanan kerja, atau belajar, seorang ayah yang penyayang berubah menjadi bengis dan pemarah, seorang anak yang baik berubah menjadi liar dan tidak mendengar kata..
4) dadah
    kesan daripada pengaruh dadah memang besar. kita boleh tengok sendiri macam mana seorang penagih dadah sanggup bunuh mak ayah sebab nak duit. cucu sanggup ragut beg tangan nenek sebab nak duit. secara tak langsung, pengaruh dadah turut membangkitkan personaliti yang berbeza terhadap individu itu.
5) persekitaran
    pada pendapat saya, persekitaran turut mempengaruhi personaliti individu tersebut. jika kita lihat, seorang lelaki yang merupakan pelajar sekolah dan abang dalam keluarga. ketika bersama dengan kawan-kawan di sekolah, sikapnya akan berbeza jika dibandingkan dengan sikapnya di hadapan adik-adik..perubahan personaliti ini biasanya berubah mengikut kesuaian masa dan keadaan..hmm..

namun, double personality ini juga boleh wujud dalam diri individu tersebut dan memainkan peranan dalam masa yang sama. sebagai contoh, seorang pembunuh yang kejam tetapi berselindung dengan topeng wajah yang baik. seorang suami yang buaya 'playhusband' tetapi berpura-pura menjadi lelaki yang setia. dan sebagainya,,fikirlah sendiri.. : P  tapi, boleh jadi juga, seorang yang bila kita mesej dengannya sangatlah berbeza dengan personalitinya yang sebenar..oh,ini personaliti alam maya~ kah3

itu sahaja, mana rasa boleh pakai, ambiklah..* aku pun tak tahu boleh pakai ka tak.. ^_^


                               apa kaitan dengan gambar ni?entah..aku google search,keluar gambar ni..keh3

sekian~ ^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

4 ulasan:

Ahyad berkata...

ika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya. [Ustaz Zaharuddin]

ilhambrothers berkata...

@Ahyad eh,,ahyad..bila komen?.hehe..terima kasih.. ^^

putra berkata...

ooo.. kiranya ana ni double personaliti la.. sbenarnya ana ni pemalu orangnya.. kan penulis?? keh3..

ilhambrothers berkata...

@putra err...boleh la~ haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...