Selasa, 7 Februari 2012

CUTILah sangat..

Bismillahirrahmanirrahim..
jadi,winter break menjelang tiba..tapi,kami pelajar dari iskandariah di sambut dengan peperiksaan di tengahnya..ok,fine..tak berapa nak enjoy lagi sebab cuti seminggu awal ni hanyalah study leave yang dikurniakan agar kami manfaatkannya untuk study..yaa,,untuk study..bukan buat benda lain..dalam pada masa yang sama,turut diadakan pesta buku terbesar di Cairo bertujuan memancing kami ke Cairo. Berlangsung selama dua minggu, memang sangat besar pun,,tapi,tak teringat pulak nak ambil gambar..insya-Allah kalau tahun depan berpeluang lagi,saya tunjukkan..

ok,selepas peperiksaan praktikal baru-baru ini, kami menerima kunjungan dari sahabat-sahabat Kaherah seramai 4 orang..Muhammad Iqbal, Syahidul Ammar, Hisham dan Ustaz Zul..beralaskan pengalaman sedikit sepanjang di Iskandariah ini, kami pun bawalah tetamu ini berkunjung ke tempat-tempat yang dirasakan bersesuaian dengan kedatangan mereka.. Montazah-Makam Nabi Danial-Makam Luqmanul Hakim-little caesar pizza-wahba dan kedai kopi sebelah tu..ok,terlupa mansyiyah jugak..tak banyak pun benda yang ada di Alex ni *sebab kami pun tak habis explore
kemudian, kami pula menyusul ke Kaherah bertujuan untuk ke Ma'rad @ Pesta Buku tersebut..yaa,pesta buku yang berjaya memancing saya ke sana..berbekalkan hari yang berbaki, kami turut menjaulah makam-makam yang ada di Kaherah..memang jaulah yang sangat mencabar..terima kasih kepada Ustaz Zul kerana memberi peluang kepada saya bla..bla..bla..(ayat buku) ^_^  tapi,memang sangat menarik dan berpadanan memandangkan exam final is around the corner..yaa,,sangat dekat..dapat juga bertawassul..moga doa diterima..:)
                              ni telaga shibhu zamzam..air dia rasa macam air zamzam..

perjalanan kembali ke Alex agak memenatkan..sebab bertolak pukul 12 tengah hari dan sampai pukul 8 malam..yaa,sangat lama..agaknya,kalau naik flight boleh sampai Malaysia..kah3.. ini semua gara-gara muzaharah @ demonstrasi yang dilakukan oleh penduduk mesir..sejak thaurah dulu,muzaharah ni makin aktif..hmmm..tapi,insya-Allah,,orang di Malaysia janganlah risau.. ^_^
Alhamdulillah selamat sampai dan bersedia untuk fokus pada exam final..ok..
p/s: kepada saudara Hikaru Yui, maaflah sebab tak sempat jumpa..nanti saya tuntut balik makan-makan tu..keh3

sekian~ ^_^

jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

3 ulasan:

Hikaru Yui berkata...

xsempat nak jumpa..huhu xpa lain kali ada kot masanya =p

ilhambrothers berkata...

@Hikaru Yui insya-Allah..hehe..

putra berkata...

satu pktaan ja: JELES! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...