Rabu, 30 November 2011

ibu,bapa dan anak..kita?

baiklah,,mengenai anak-anak muda zaman sekarang (termasuk saya sendiri) ,masyarakat sering mengungkapkan,"budak2 zaman la ni,tak boleh harap..ada ja masalah depa nak buat..haaiihh,,mak pak la ni x reti nak didik anak! "..

tup..tup...mak bapa juga yang kena..
mengenai hal mendidik anak,saya nak share dari blog yang saya baca tempoh hari..

Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia akan belajar memaki. Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia akan belajar rendah diri

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia akan belajar berkelahi.   

Jika anak dibesarkan dengan hinaan, dia akan belajar menyesali diri

Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia akan belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia akan belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia akan belajar menaruh kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan dukungan, dia akan belajar menyenangi diri sendiri.

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia akan belajar menahan diri

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan, dia akan belajar keadilan

saya bersetuju dengan kata-kata di atas.sememangnya mak bapak lah yang berperanan dalam mendidik anak-anak kerana masa paling banyak diluangkan adalah bersama mereka..(khususnya ketika masih kecil)..memanglah didikan bermula dari kecil.sebab masa tu mudah dibentuk lagi..tapi..

situasi sekarang berbeza dengan zaman dulu..mak bapak lebih sibuk dengan kerja.balik lewat malam.anak-anak dah tidur.esok pagi pergi kerja lagi,anak-anak baru bangun tidur..masa bersama mak bapak sangat sedikit iaitu hujung minggu.itu pun kalau tak ke mana-mana..kalau hujung minggu sibuk dengan urusan lain pula,,anak-anak macam mana??
jawapannya,anak-anak akan keluar mencari 'ketenangan' kononnya..mulalah berkawan dengan rakan senasib mereka..akhirnya,minda mereka yang masih belum matang ni mulalah tergoda dengan kelaghaan dunia.

pada pendapat saya,rakan2,guru2,dan segenap isi masyarakat pun perlu ambil peranan..kalau tak,,tengoklah sekarang.. dan,janganlah asyik salahkan mak bapak saja pula.mungkin mereka ada masalah kewangan yang memerlukan kedua-dua bekerja..jangan hanya menuding jari pada orang lain,tapi,tanya pada diri,apakah kita mainkan peranan kita?tepuk dada,,tanya iman.. ^_^


jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

4 ulasan:

yui berkata...

parenting memang mencabar =p=p=p

ilhambrothers berkata...

sejak jauh dari family ni,,membuatkan saya banyak berfikir tentang pengorbanan mereka.. :)

Hazmi Al-Wafi berkata...

tuding satu jari kat orang,jari yang lain tuding diri sendiri jugak.memang analogi ini nampak macam kebudak-budakan,tapi,tulah hakikatnya :)
*bang,dah jauh pikir ni.Moga enta dapat jadi bapa yang baik nnt :)kalo dah ada calon "mak"nya nanti,kabo2lah^^

ilhambrothers berkata...

mungkin nampak kebudak-budakan sebab budak2 sekarang makin matang fikiran mereka.. ^_^
*berbicara soal hati - 'mak'nya belum ada..kerana jiwa belum sedia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...