بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. jadi, jom curi masa sedetik ini sebelum baca entry aku untuk kita ingat kepada Allah dan berselawat kepada RasulNya kerana aku yakin berapa kerat sangat masa yang kita guna dalam 24 jam ini untuk kita ingat Allah dan Rasulullah selain ketika solat dan perkara-perkara sunat lain. yang lain terisi dengan rutin harian kita yang penuh dengan gelak tawa dan perkara-perkara lagha. henti sejenak..
.................................................................
baiklah, kembali ke entry aku, apa yang aku nak cerita kali ni ialah mengenai exam. dulu aku selalu fikir, kenapa kena ada exam? exam ni buat aku sakit kepala ja. stress! kalau takda exam ni baru la orang boleh belajar kerana Allah, bukan kerana exam. cewwaaahh...pandai pulak cakap.HAHA. tapi aku nak tanya korang balik, agak-agak kalau takda exam, korang pulun study dak?
![]() |
serius aku pernah terfikir cara ni. |
aku letak situasi macam ni,
korang student medic. belajar 5 tahun. tanpa peperiksaan. akaun facebook korang ada 2. twitter ada 1. blog ada 2. LOL, counter strike, DOTA dan sebagainya fully installed dalam laptop. agak-agak, korang ada hati dak nak tengok semua buku-buku anatomy, biochemistry, physiology yang tebal sehinggakan boleh membunuh gajah jika dilempar tu? memang korang boleh kata kalau niat tu kerana Allah, insya-Allah segalanya mampu. aku yakin tu. cuma aku tak yakin berapa ramai sangat boleh jadi macam tu. aku sendiri pun tak. keh3