Sabtu, 6 Oktober 2012

En. P dan Miss Lips

بسم الله الرحمن الرحيم 

#En. P dan Miss Lips




jeng jeng jeng.. taraaaa..setelah sekian lama bercuti di rumah,aku kembali ke habitat aku for this whole year and another 4 years insya-Allah. so, apa yang aku nak brings up kat sini ialah mengenai en.P dan miss lips.
kitorang dah kenal lama dah. sebelum aku datang ke sini lagi, kami dah penah kenal. cuma aku tak sangka lah kan yang kami akan berjumpa lagi like old times kan. :3 fyi, En.P dan Miss Lips ni x kenal antara satu sama lain. cumanya aku muatkan sekali dalam satu entry sebab semalam aku telah bertemu dengan mereka berdua tanpa disangka. jodoh agaknya.

En.P ni dah lama aku dengar tentang dia. selalu orang sebut. kira dia ni femes jugak lah. selalu sebelum ni aku dengar cerita dia ni selalu dijadikan bahan maki hamun oleh mereka yg tinggal di sebelah utara. entah apa puncanya aku sendiri pun tak tahu.
tapi,
semalam x sangka aku terjumpa dengan dia. mungkin dia selalu jugak berkeliaran kat area mesir ni tanpa arah tuju agaknya. masa tu, aku kat masjid untuk solat jumaat. tetiba aku nampak En.P depan aku. kasihan melihat keadaannya yang sedikit berjambang dan kelihatan x terurus,aku cuba untuk tidak memandangnya. kasihan kan? lagi pula, aku bimbang dia malu jika aku terus memandangnya. aku pun biarkan saja En.P terkontang kanting di situ. kasihan.

seterusnya aku sambung tentang Miss Lips. aku yang panggil dia miss lips. mungkin kerana bibirnya yang terlampau sexy mengalahkan angelina jolie sehingga membuatkan aku menggelarnya sedemikian. namun, sama seperti kes En.P, aku berjumpa dengan dia juga tanpa disangka sangka. aku memang ada masalah dengan miss lips ni sebab dia ni annoying dan suka kacau aku. aku pun x tahu apa dendam dia pada aku, tapi apa jua sebabnya, memang dah mencambahkan benih benci dalam hati aku terhadap miss lips ini. aku pernah kena kacau dengan dia masa di sekolah dulu. tapi aku x sangka dia turut dan kejar aku sampai ke sini. semalam aku nampak dia berlegar-legar dalam kawasan rumah aku!
aku hampir terjelopok bila nampak dia. aku x tahu macam mana dia tahu mana aku tinggal, tapi satu ja azam aku,
i have to get rid of her
benda dah berlaku, aku kena teruskan jugak kehidupan ni. aku x nak nampak lemah pada miss lips ni. walau sekuat mana dia ganggu, aku akan tabah hadapinya. insya-Allah.

nak lihat gambar En.P??





















ni dia,
aku cover sikit En.P dengan boxer tu


mohon jangan salah faham tentang kisah di atas. :P aku cuba relatekan sahaja. ^^


nak tengok miss lips pulak??












ok, ni dia..
miss lips x secomel yang disangka.

seriously.. -,- #sighh
#p/s : nanti aku nak buat entry "aku sebuah rumah" . phewwwhh..nak menulis karangan sekolah rendah balik. 
tu saja.. ok, sekian,

^_^



jangan malu,jangan segan..komenlah di sini ^_^

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...